Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Minyak. Bahan dan cara-caranya pun mudah. Nak mudah lagi, cuba lah ikut resepi yang dikongsikan oleh Wan Ruzita Wan Deraman di laman muka buku aka Facebook. Resepi beliau tak perlu pakai mixer ya. Jadi sesiapa yang tiada mixer kat rumah tuh, boleh jer nak buat kek nih pun. Sangatlah sesuai. Dan jangan risau walaupun tanpa mixer, beliau jamin kek tetap lembut dan gebu ye. Resepi ini juga sangat sesuai bagi yang tiada oven ye. Sebabnya kaedah yang digunakan adalah kaedah mengukus.

Kek Minyak ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh ‘O’ panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Minyak nih. Cepat dan Mudah. Nak nampak menarik dan tertarik adunkan adunan yang berwarna mengikut kreativiti anda. Senang kan?

Tanpa buang masa. Jom tengok resepi yang pastinya mudah difahami dan diikuti dan yang paling penting tak renyah.

Resepi Kek Minyak

kek minyak

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil ovalete
  • 5 biji telur(gred b)
  • Esen vanilla
  • 2 cawan tepung(ayak)
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar kesemua bahan-bahan kecuali tepung dan baking powder.
  2. Kisar semuanya hingga dunan menjadi putih.
  3. Kemudian, letakkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama dengan baking powder.
  4. Kaup balik dan kacau adunan tersebut hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan dalam beberapa bekas dan bolehlah letak warna pilihan.
  6. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna secara berselang-seli ke dalam loyang atau acuan sehinggalah semua adunan telah habis.
  7. Akhir sekali, kukuskan adunan tersebut selama 40 minit atau sehingga masak.

Mudah kan cara buat kek minyak kukus versi tanpa mixer dan oven nih kan. nanti dah sejuk bolehlah telangkupkan dari loyang dan potong. Siap sedia untuk dihidang.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Minyak, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.