Teringin makan sotong bakar. Beli seekor bukan main mahal rasa ingin pengsan bila tahu harga. Baik buat sendiri puas hati makan. Siapa peminat sotong bakar sila tengok resepi perkongsian berikut ini.

Memandangkan ramai sangat peminat sotong bakar, maka itu kami sertakan resepi sos ala Amira Shahrom yang mengancam sangat! Bahkan sebetulnya untuk sotong bakar, ikut suka hati anda ingin sumbat apa pun namun penyedap untuk menu ini ialah sos bakar yang digunakan.

Bahan sumbat sotong boleh dengan telur hancur yang digoreng diberi perasa garam sedikit. Bagi sotong disumbat padat baru cantik nanti bila dibakar. Jangan lupa cucuk dengan lidi kepala sotong satukan dengan badan.

Maka itu, untuk menghasilkan sotong bakar yang seap menjilat jari. Resepi sos bakar amatlah penting. Tanpa buang masa, mari lihat resepinya di bawah ini.

Resepi Sotong Bakar Dengan Sos Sedap

sotong bakar

Imej via Facebook

Bahan Sos :

  • Cili kering,
  • Sebiji bawang besar,
  • Seulas bawang putih,
  • Halia sebesar ibu jari,
  • Gula ,
  • Garam,
  • Serbuk perasa,
  • Limau.

Cara – cara :

  1. Mula-mula sotong dibakar terlebih dahulu.
  2. Kemudian blend halus bahan sos dan tumis bahan sos dengan sedikit minyak sampai pecah minyak. Sos bakar mestilah ada rasa manis, masin dan masam.
  3. Sentiasa kacau sampai pekat semasa menumis.
  4. Jika sudah pekat, tuang ke atas sotong yang sudah di bakar tadi.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.