Walaupun terdapat pelbagai resepi masakan sotong yang menarik seperti sotong goreng, stim, bakar dan lain-lain, namun banyak antara masyarakat melayu sangat jarang masak sotong kerana tidak tahu resepi sotong yang sedap.
Untuk mengatasi dan membantu anda agar mudah memilih resepi masakan sotong, kami telah tuliskan 25 resepi sotong yang sangat menarik, lazat dan unik. Seharusnya anda mencuba masak resepi ini di rumah dan manjakan lidah anda dengan masakan laut satu ini.
Tidak perlu takut dan risau lagi memikirkan menu masakan sotong. Kerana kami telah menyediakan untuk anda resepi sotong yang viral dan kami tulis dengan sangat rapi agar anda mudah memahaminya. Sila tengok dan praktikan resepi-resepi menarik di bawah ini.
1. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Ramai yang tanya resepi sotong goreng tepung rangup sebab ramai buat tapi tak menjadi. Macam mana tepung elok melekat dengan sotong? Bukan guna tepung serbaguna pun tapi sebenarnya resepinya mudah saja. Cuma kena tahu teknik yang betul semasa masak. Kalau ikut betul-betul resepi yang dikongsikan oleh Suzana Othman di Facebook anda boleh buat sotong goreng tepung dan tak payah takut minyak meletup-letup lagi.
Bahan-bahan :
1 kilo sotong. Bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan.
Tambahkan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan.
(Tujuan menambahkan cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika digoreng. Tak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Confirm tak meletop).
Bahan Tepung Salutan:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam
Serbuk kunyit
(Gaul sebati semua bahan di atas)
Dalam bekas lain pukul 2 biji telur hingga kembang
Cara-cara :
Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
Setelah itu, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.
Sos pencicah :
3 sudu besar sos thai
1 sudu besar mayonese
Gaul sebati sos, tabur dengan bijan jika suka.
2. Resepi Sotong Goreng Kunyit
Resepi ini adalah sambungan dan juga datang daripada Suzana Othman. Jom cuba resepinya.
Bahan-bahan :
½ kilo sotong bersihkan dan toskan
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 ulas bawang putih-ketuk
2 tangkai cili merah-hiris
7 biji cili api atau ikut kepedasan masing2-hiris
1 inci halia-hiris nipis
Sebatang serai-ketuk
1 keping asam keping
½ biji tomato-potong 3bahagian
Serbuk kunyit
Garam
Cara-cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.
Masukkan asam keping, cili merah, cili api dan serbuk kunyit.
Kemudian masukkan sotong dan perasakan dgn garam.
Apabila sotong masak, masukkan tomato dan tutup api.
Sedia untuk menghidang.
3. Resepi Sotong Phat Phet ala Thai
Mencari menu makan malam yang bernuansa Thailand? Sotong phat phet boleh jadi alternatif anda. Sekali cuba makan mesti nak lagi. Dihidang pedas lagi sedap. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Juma Natull di Facebook ini dan kongsikan masakan anda kepada jiran-jiran anda.
Bahan A (Kisar/blender kasar)
Cili api/cili merah ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam letak sedikit saja
(Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong)
Bahan B
Sotong
Asam keping
1 batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut
Bahan Sayur
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang dititik sehingga naik bau dan pecah minyak.
Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).
Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.
Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit,
Angkat, siap dan hidangkan dengan nasi panas.
4. Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur
Biasanya sotong sumbat pulut, sekarang pula sotong sumbat telur. Tengok Gambar macam sedap kan. Rasa aslinya lagi sedap. Jom masak sambal sotong sumbat telur yang dikongsikan oleh Shikin Jaiz di Facebook ini. Berikut ini resepinya.
Bahan utama :
Sotong
Udang
Telur
Bahan kisar :
2 bj bawang besar
2 btg serai
2 ulas bawang putih
Cara-cara :
Bersihkan sotong.
Masukkan dalam satu bekas telur, udang cincang, lada cincang, daun bawang cincang.
Tambahkan sedikit garam. Gaul sebati.
Goreng sekejap saja. Letak minyak sedikit sahaja.
Sumbatkan telur yang dimasak sekejap tadi ke dalam sotong.
Tumis cili kering dan bahan kisar.
Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.
Perasakan gula dan garam.
Siap.
5. Resepi Sotong Bakar
Resepi ini sangat simple dan sesuai untuk ibu bekerjaya. Anda yang tak sempat masak lauk ini itu, boleh cuba masak sotong bakar ini. Sila cuba resepi sotong bakar ala ibu bekerjaya yang dikongsikan oleh Amrina Meena di Facebook ini. Tak ada bawang tak ada tumis. Easy peasy! sudah jadi resepi favorit sekeluarga.
Bahan Utama :
Sotong 3 ekor.
Bahan perap:
Serbuk kari 2 sudu besar.
Serbuk kunyit 1 sudu.
Sos tiram 3 sudu.
Sos cili 3 sudu.
Sos thai 2 sudu.
Blackpepper 1/2 sudu kecik.
Garam secukup rasa.
(Optional) letak daun kesum dengan daun limau purut bagi ada aroma wangi.
Cara-cara :
Bersihkan sotong.
Perap paling lama sejam. Kalau tak sempat perap pun tak apa kita paham ramai yang tak ada masa perap lama. Sekarang semua mahu cepat. Asal gaul sebati sudah.
Kemudian bakar dalam pan (kuali leper) sampai dia keluar berair (lembut) sudah siap. Api sederhana, tak kuat dan tak slow.
Selepas hidang baru gunting-gunting bagi nampak isi dia itu.
6. Resepi Sotong Masak Kicap Pedas
Resepi memasak sotong yang nikmat lagi sedap, iaitu resepi sotong masak kicap pedas. Dimana resepi ini didapat daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook. Ianya memiliki rasa manis daripada kicap dan juga pedas daripada cili padi. Sila cuba resepi ini.
Bahan-bahan :
1 kg sotong (lumur kunyit dan garam setelah itu goreng halfcooked)
Bawang putih/bawang merah/ halia/ cili padi ikut kepedasan (kisar)
Kayu manis, bunga lawang
2 batang serai
1 senduk besar cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit air asam
Bawang merah hiris bulat
Tomato/cili merah (hiris dan potong)
Cara-cara :
Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.
Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.
Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.
Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). Tumis.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap.
Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.
7. Resepi Sotong Stim Ala Thai
Masakan Thai memang selalu menarik hati. Kali ini ialah sotong masak stim yang super duper sedap. Tunggu apalagi, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Nor Eimma Sedek di Facebook. Selamat mencuba.
Bahan Sos :
5 tangkai cili padi
4 ulai bawang putih
3 tangkai akar daun ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
1 tbsp gula
1 tbsp sos ikan atau kicap sotong
3 biji limau nipis (jus sahaja)
1/2 biji limau nipis (isis dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
Bahan Sotong Steam
4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
2 batang serai
1 inci halia
15 helai daun limau purut
Cara-cara :
Stimkan sotong diatas semua bahan.
Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
Campurkan dengan semua bahan yang lain.
Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim. Hidangkan.
8. Resepi Sambal Sotong Petai
Antara resepi sotong yang digemari ialah sotong sambal petai. Pasti makan sedap sampai menjilat jari. Merujuk pada resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook, sotong harus direbus dahulu dan ditoskan. Tapi jangan lama takut nanti sotong jadi liat.
Bahan-bahan :
Sotong,
Petai,
Cili kering,
Bawang merah dan putih,
Sedikit gula,
Asam keping 1,
Minyak masak,
Garam dan perasa.
Cara-cara :
Blend cili kering dengan bawang merah dan putih, sukatan macam buat sambal biasa.
Mula-mula panaskan minyak. Tumis cili kering.
Masukkan sedikit gula.
Masukkan asam keping.
Kacau sampai cili masak dan garing.
Masukkan garam dan perasa.
Masukkan sotong.
Masukkan petai.
Kacau. Renihkan 2@3 minit dengan api kecil.
Siap.
9. Resepi Kerabu Sotong
Resepi kerabu sotong terlajak sedap kali ini didatangkan daripada Baizura Abd Aziz di laman Facebook. Sotong haruslah juicy untuk menjadikannya sedap dimakan. Kerabu sotong biasanya disantap bersama bersama nasi putih. Jadi makin berselera makan.
Bahan-bahan :
Bawang putih,
Bawang merah,
Cili,
Sos tiram,
Tomato,
Kacang panjang,
Daun ketumbar,
Asam limau nipis,
Sotong@ kaki ayam,
Suhun (opsional),
Gula,
Garam.
Cara-cara :
Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan.
Masukkan cili.
Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus.
Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar.
Siap.
10. Resepi Ketupat Sotong
Hidangan istimewa ini walaupun mudah didapati di kawasan Terengganu dan Kelantan, khususnya pada musim mencandat sotong, tetapi masakan ini sukar untuk didapati di luar pantai timur dan lebih sukar lagi untuk mendapat resepi enak. Maka untuk mendapatkan resepi ketupat sotong sedap, sila ikuti resepi ketupat sotong versi Kelantan yang dikongsikan oleh Fatin Pauzi di Facebook.
Bahan-bahan (Untuk makan 10 orang) :
Sotong 4 kg.
Pulut susu 1 kg.
Gula melaka 8 kerek kecik.
Daun pandan 3 helai.
Lidi pengcukil gigi.
Santan cair 1 kg.
Santan pekat 1 kg.
Cara Membuat :
Siang sotong dan buang kulit dan mata. Basuh dengan air garam dan toskan.
Basuh pulut susu dan toskan.
Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk.
Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya.
Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.
Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.
Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.
Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.
Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.
Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.
Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.
Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.
11. Resepi Udang Masak Hitam @ Sotong Dakwat
Cara mendapatkan warna hitam itu ialah daripada dakwat yang ada pada sotong. Jika biasanya sotong dibersihkan hingga paling bersih. Pada resepi ini pula bahagian dakwatnya itu tidak dibuang. Malah dimasak bersama dengan sotong. Resepi yang kami tuliskan ini dikongsikan oleh Yanti Alias di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong
1 labu bawang besar (hiris bulat) *
2 ulas bawang merah (tumbuk) *
3 ulas bawang putih (tumbuk) *
1/2 inci halia (tumbuk kasar) *
1/2 inci kunyit hidup (tumbuk) * atau sedikit serbuk kunyit
1 @ 2 batang serai
3 @ 4 batang cili hidup/padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
Potong sotong ikut suka masing-masing.
Bersihkan macam biasa tapi dakwatnya jangan dibuang.
Kemudian tos dan ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan bertanda * serta serai.
Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
Kemudian masukkan sotong
Tunggu sampai sotong keluar air.
Kemudian campakkan cili dan sedikit garam.
Siap.
12. Resepi Sotong Masak 3 Rasa
Resepi sotong seterusnya ialah sotong masak 3 rasa. Bukan hanya ikan yang boleh dibuat masak 3 rasa, tapi sotong pun sama. Resepi masakan yang dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook ini menambahkan ubi kentang sekali. Tampilan masakan ini juga tidak kalah menarik.
Bahan-bahan :
Sotong setengah kilo,
Ubi kentang 2 biji (goreng dulu dan ketepikan),
Cili merah 3 biji,
Cili padi 6 biji,
Bawang kecik 3 ulas,
Sedikit belacan,
Bawang putih 2 ulas (semua tumbuk dulu ya),
Serai sebatang ketuk-ketuk,
Air asam jawa satu cawan,
Sedikit kicap manis,
Pati ayam knorr seketul,
Sedikit garam dengan gula.
Hiasan :
Cili padi 6 biji,
Cili merah sebiji,
Sedikit daun bawang.
Cara-cara :
Tumis bahan-bahan yang dtumbuk tadi sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, air lemon 2 sudu kecil, sedikit kicap manis, pati ayam, garam dengan gula.
Masak bagi pekat kemudian masukkan sotong. Masak sampai kering sedikit kuah.
Kemudian masukkan ubi yang d goreng tadi dengan hiasan.
13. Resepi Sotong Percik
Siapa yang masak sotong percik guna pemanggang ajaib dan aluminium foil? Kali ini kami jemput anda mencuba resepi sotong percik yang dimasak dengan pan grill. Resepi oleh Mastura Mukhtar di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Sotong 400 gram.
Bahan A :
1 bawang besar,
5 ulas bwang merah,
6 tangkai cili kering,
Halia,
4 biji cli padi,
Garam,
1 batang serai.
Bahan B :
Kicap manis,
Garam,
Daun kari,
Santan.
Cara-cara :
Blend bahan A dengan minyak.
Kemudian tumis sampai garing bahan blend dan masukkan bahan B.
Perap dengan sotong minimum 10 minit.
Bakar sotong 3 minit.
Sudah nampak kembang terus angkat, kalau dibiarkan nanti liat.
14. Resepi Rendang Sotong
Menu menyotong seterusnya ialah rendang. Rendang sotong sama halnya macam rendang biasa, menggunakan santan, bawang dan rempah lain. Wangi semerbak rendang sotong amat membangkitkan selera. Resepi dikreditkan kepada Norshahida Lambri di laman Facebook.
Bahan A :
½ kg sotong,
1 biji bawang besar (dikisar),
3 ulas bawang putih (dikisar),
½ inci halia (dikisar),
½ inci lengkuas (dikisar),
2 sudu besar cili kering yang dikisar.
Bahan B :
1 sudu besar kerisik,
½ kotak santan,
1 keping asam jawa,
1 biji bawang besar potong 4,
1 biji lada hidup merah (hiris),
1 biji lada hidup hijau (hiris),
Daun limau purut (hiris),
Garam,
Gula.
Cara-cara :
Didihkan air untuk celurkan sotong. Celur hanya 1-2 minit sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong jadi kenyal. Toskan.
Tumiskan bahan A tadi sehingga pecah minyak.
Masukkan asam keping, kerisik, santan dan daun limau purut. Gaul sentiasa takut nanti hangit. (Petua rendang tidak pahit, bila menggunakan daun limau purut. Buang tulang tengah dekat daun tersebut).
Bila rasa kuah sudah sesuai. Boleh masukkan lada hidup merah, lada hidup hijau, bawang besar yang dipotong 4 tadi.
Akhir sekali masukkan sotong, garam dan gula. Kacau sekejap dan terus tutup api.
15. Resepi Kari Sotong
Penggemar kari patut cuba resepi yang satu ini. selain dibuat sambal, rupanya seafood yang satu ini enak dimasak kari. Bayangkan lazatnya kari sotong untuk makan tengah hari. Sila cubakan resepi yang diteruskan dari laman Facebook oleh Norhamidah Abdul Hamid.
Bahan-bahan :
12 ekor sotong (dibersihkan dan badan sotong di kelar-kelar),
2 biji ubi kentang (direbus empuk),
1 peket kecil rempah gulai (cap bunga ros),
½ peket kecil rempah masak (cap bunga ros),
3 sb serbuk cili,
1 biji bawang merah besar (ditumbuk lumat),
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat),
2 inci halia (ditumbuk halus),
1 kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
3 biji buah pelaga,
2 tangkai daun kari,
1 kg santan pekat,
Sedikit air asam jawa,
1 biji tomato,
Garam, gula dan ajinomoto,
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
Rebus kentang hingga empuk.
Rempah gulai, rempah masak dan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga bau wangi, masukkan rempah gulai, bahan tumbuk tadi dan daun kari, tumis hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, masak hingga kuah mendidih, kemudian masukkan santan, garam, gula dan ajinomoto.
Masukkan kentang yang sudah direbus empuk tadi, sotong dan tomato.
Nota : Sotong jangan masak lama-lama. Cukup sampai kuah mendidih, tutup api. Sebab sotong bila masak lama-lama akan liat.
16. Resepi Sotong Masak Lemak Padang
Seterusnya kita akan berkunjung ke masakan minang. Mesti ramai yang suka resepi ini apalagi jika anda suka pedas. Sotong masak lemak padang menitik air liur, amat sesuai untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Resepi dikreditkan kepada Norhamidah Abdul Hamid yang berkongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan :
1 kg sotong dicuci bersih dan potong,
3 biji bawang besar dibelah 4,
2 biji tomato dibelah 4,
2 batang serai dititik,
3 biji ubi kentang dibelah 4,
3 camca minyak untuk menumis,
500 ml santan,
Air secukupnya,
Garam secukup rasa.
Bahan Kisar :
5 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
2 inc kunyit hidup,
2 inc halia,
5 tangkai cili merah.
Cara-cara :
Panaskan minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak.
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong, santan dan air.
Kacau biar sebati.
Kemudian renihkan dan sesekali dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
Perasan dengan garam.
Sedia dihidangkan.
17. Resepi Sotong Telur Masin
Idea masakan sotong berikutnya ialah sotong telur masin. Hidangan ini sedap untuk lauk makan malam. Rasa lauk ini enak lemak masin, dimakan dengan nasi putih atau di ratah macam itu sahaja pun sedap. Resepi sotong telur masin oleh Nita Wan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
10 ekor sotong (potong nipis),
5 sudu besar tepung jagung,
3 sudu besar lada sulah,
1 biji telur,
Sedikit garam.
(gaul-gaul semua bahan dan goreng sotong selama 3 – 4 minit).
Beberapa helai daun kari,
3 batang cili padi,
3 sudu besar butter (salted),
1 sudu besar gula,
1 sudu besar serbuk pati ayam.
Cara-cara :
Cairkan butter dan masukkan telur kuning. Masak sampai berbuih.
Masukkan cili padi/daun kari/serbuk pati ayam, gaul rata semua.
Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, tutup api.
Tabur gula dan gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata.
Rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja dan hancurkan sedikit).
18. Resepi Sotong Nampla Siam
Nampla ialah sejenis penambah perisa makanan yang umumnya semacam sos ikan. Mari cuba masak hidangkan sotong nampla yang menyelerakan. Resepi daripada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Rebus sotong dan toskan (air rebusan jangan buang).
Bahan A (ditumbuk) :
6 ulas bawang putih,
Lada merah sahaja (ikut tahap kepedasan masing-masing berapa biji).
Bahan B :
3 sudu besar sos ikan siam,
1 sudu besar sos tiram,
2 sudu besar air asam limau,
Garam dan gula.
Cara-cara :
Toskan sotong yang direbus.
Kemudian tumbuk bahan A.
Gaul bahan A dengan bahan B.
Masukkan air rebusan sotong sebanyak mana yang anda mahukan untuk kuah. (Saya letak dalam 3 senduk air rebusan sotong sahaja).
Letakkan sedikit hirisan daun ketumbar.
Perasakan masam, manis, masin.
19. Sotong Masak Lada
Menu sotong yang menggairahkan ialah sotong masak lada. Tengok gambar pun tahu betapa lazat rasanya. Resepi ini menggunakan lada hitam jadi rasanya makin pedas tapi boleh anda sesuaikan ikut selera. Resepi oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
Bahan-bahan :
½ kg sotong,
3 sk serbuk lada hitam,
1 sk serbuk kunyit,
4 sb sos cili,
4 ulas bawang putih di ketuk,
Garam,
Perisa (ikut suka),
Minyak untuk tumis,
1 biji bawang besar,
6 biji cili padi.
Cara-cara :
Tumis bawang putih sampai garing kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit dan lada hitam. Kacau rata.
Kemudian masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi.
Tutup api dan siap.
20. Resepi Gulai Lemak Sotong Bersama Timun
Kali ini kami ajak anda menggulai sotong bersama timun. Resepi sama macam gulai kunyit kuas kata orang Kelantan. Cuma ditambah sejemput biji ketumbar saja. Resepi dikreditkan kepada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Sotong,
1 keping asam gelugor/kandis,
1 kotak santan Kara,
Sedikit air,
Sedikit garam,
Sedikit gula,
1 batang timun dipotong serong,
3@4 biji cili hijau Kelantan dipotong,
1 biji tomato, dibelah 4.
Bahan Kisar :
1 ulas bawang putih, tidak bubuh pun tidak apa.
4 ulas bawang merah,
5 biji cili kering,
1 inc kunyit,
1 inc lengkuas,
Sejemput biji ketumbar.
Cara-cara :
Masak santan Kara bersama sedikit air ke dalam periuk.
Masukan bahan kisar dan dikacau selalu supaya kuah tidak melimpah.
Masukkan asam keping. Bila kuah mendidih masukkan timun.
Biarkan seketika sehingga timun separuh masak, baru masukkan sotong, tomato dan cili hijau.
Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan renehkan gulai anggaran dalam 5 minit. Angkat dan hidangkan.
21. Resepi Sotong Kam Heong
Untuk menu makan malam ini baiknya anda masak sotong kam heong. Resepi cukup untuk 2-3 orang. Dikongsikan oleh Nurul Saadah Zainal di laman Facebook.
Bahan-bahan :
10 ekor sotong sederhana kecil,
2 sudu tepung jagung,
2 ulas bawang putih (cincang halus),
½ bawang besar (cincang halus),
2 sudu udang kering (rendam, tos, cincang),
2 batang serai (hiris),
3-4 biji cili padi (hiris),
2 sudu serbuk kari ikan,
Sedikit air,
1-2 sudu kicap,
Sedikit minyak,
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
Gaulkan sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung. Biarkan seketika.
Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak masak selama 1 minit. Angkat dan asingkan di dalam mangkuk.
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan udang kering, goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika.
Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sotong dan gaul sebati.
Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sotong masak.
21. Resepi Singgang Sotong Express
Resepi untuk mak-mak yang ingin masak simple tapi menarik. Jom cuba buat singgang sotong express. Nama express mestilah cepat siap bukan? Resepi dikreditkan kepada Ainul Nadzirah di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Sotong (potong atau tidak potong ikut suka).
1 bawang mewah potong 4,
3 bawang putih diketuk,
2 batang serai diketuk,
3 keping asam gelugor,
2 biji lada merah diketuk. Untuk bagi anak makan tidak perlu diketuk.
Daun limau purut,
Kobis bunga,
Tomato.
Cara-cara :
Masukkan semua bahan kecuali tomato dan kobis bunga.
Letak air 2 cawan.
Kemudian, kalau sudah mendidih letak tomato dan kubis bunga.
Jangan lupa pulak letak garam dan secukup rasa. Garam letak lebih sebab nanti kalau makan dengan nasi risau jadi tawar.
Tidak perlu masak lama sangat nanti tomato dan kobis bunga kalau masak lama tak sedap.
22. Resepi Sotong Air Asam
Tahukah anda perisa asam mampu menaikkan selera makan. Terbayang lazatnya sotong masak air asam yang kaya akan rasa asam dan seafood. Mari masak sotong air asam resepi oleh Norhamidah Abdul Hamid di Facebook.
Bahan Kukus :
1 kg sotong,
2 batang serai,
Akar daun ketumbar,
½ biji tomato didadu,
3 sb sos ikan,
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar,
1 sk garam,
1 sk gula,
Bahan Air Asam :
4 ulas bawang putih,
5-10 biji cili api (kepedasan masing-masing),
Limau nipis,
3 sb gula siam (Thai Palm Sugar),
Garam jika perlu.
Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus.
Biarkan dalam 8-10 minit, jangan terlalu lama untuk kekalkan rasa juicy.
Angkat dan toskan.
Untuk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api.
Tambahkan gula Thai dan garam jika perlu.
Perah asam limau.
Gaul rata sotong dan air asam.
Optional :
Boleh juga masukkan sotong sekejap dalam air biasa yang menggelegak.
Angkat dan rendamkan dalam air berisi ais.
Tujuan saya kukus dengan bahan-bahan kukus untuk hilangkan bau sotong yang agak kuat selain rasa yang lebih sedap.
23. Resepi Sotong Oriental
Sesiapa yang tidak suka sotong bila tengok gambar ini confirm terus terliur. Tengok gambar nampak sedap pula. Kadang-kadang tidak perlu berkata-kata, gambar pun sudah cukup memberikan makna. Resepi oleh Norhamidah Abdul Hamid di Facebook.
Bahan :
500 gram sotong bersihkan dan potong kemudian dicelur sebentar dan tos,
1 tangkai daun kari,
5 ulas bawang merah dihiris,
3 ulas bawang putih dicincang,
Garam dan gula secukup rasa,
1 biji cili hijau dihiris.
Bahan-bahan ini dicampur jadikan pes :
2 s/b pes tom yam,
2 s/k rempah kari ikan,
1 ½ s/b sos tiram,
2 s/k sos ikan,
6 s/b air panas.
Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
Campurkan bahan-bahan pes tadi dan gaul rata dan biar lebih kurang 3 minit.
Masukkan sotong dan cili hijau. Kacau rata.
Masukkan garam (jika perlu) dan gula dan masak selama 5 minit. Sedia untuk dihidangkan.
24. Resepi Sambal Cili Api Sotong
Siapa yang kalau beli sotong mesti cari yang bertelur? Rela tidak beli kalau tengok sotong tidak ada telur di dalamnya. Sotong masak cili api kering ini memang kesukaan ramai makan satu lauk saja cukup nikmat. Kami kongsikan resepi sotong masak cili api oleh Wani Sulinan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Sotong 15 ekor,
Bawang merah 2 biji,
Bawang putih 3 ulas,
Halia agak-agak sahaja,
Cili api.
Cara-cara :
Tumbuk semua bahan di atas.
Tumis sehingga bawang garing naik bau.
Masuk sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna, masukkan garam dan serbuk perasa (kalau makan).
Masukkan air asam jawa.
Masukkan sotong.
25. Resepi Sambal Sotong
Resepi terakhir ialah yang paling mudah. Sambal sotong bunga ala bunga yang merekah. Sangat comel anak-anak mesti suka. Jom cubakan resepinya oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
Bahan-bahan :
1 kilo sotong dipotong 2 @ 3 bahagian kemudian gunting keliling jangan sampai putus. Kemudian cuci dan toskan.
Segenggam cili kering (60 gram) *direbus dan buang biji.
1 biji bawang besar*.
4@5biji bawang merah*.
1 inci halia*.
1 batang serai*.
5 ulas bawang putih*.
Sedikitbelacan*.
Sedikit gula batu untuk kilatkan sambal.
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi.
1 cawan air untuk lembutkan sotong.
Garam gula dan bahan perasa secukupnya.
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
Blender bahan bertanda * kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan blender hinga garing.
Masukkan gula batu.
Masukkan sotong pes asam jawa dan air masak hingga sotong lembut.
Tambahkan garam gula dan perasa.
Tunggu jingga sambal jadi pekat.
Sedia dihidangkan.
Tampak sangat mudah kan? Anda boleh membuat hidangan sotong yang istimewa dengan mengikuti resepi-resepi di atas. Selamat mencuba.
Resepi Lain
Selain resepi ikan, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.