Jom cuba resepi sambal sotong ini.Penggemar-penggemar makanan pedas pasti terasa terliur bila teringatkan sambal sotong yang pedas dan berkuah pekat. Bersalut lah katakan. Di makan pula dengan nasi panas. Pasti bertambah-tambah lah nasinya. Boleh lari plan diet kot.
Tapi tak apa. Orang kata ” cheat day”. Sekali ni ja makan ikut selera. Rasa sotong yang manis dan kuahnya yang bersambal bukan selalu boleh makan. Sekali-sekala jer kan.
Cara nak masak pun tak susah. Bersihkan sotong, masak sotong tersebut, keringkan air sotong sedikit, tapiskan air sotong dan kemudian bolehlah masukkan sotong ke dalam kuah sambal yang telah dimasak. Pasti kuah sambalnya pekat. Tak berkuah sangat.
Jom tengok dan cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai iaitu resepi sambal sotong Suhaila Osman. Nescaya tak pandang kiri kanan dah. Silap-silap boleh ambil hati mak mertua nanti. Dah sedap kan. Takkanlah tak kena puji.
Mudahkan ? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Resepi sambal sotong kuah likat yang marvellous. Selamat mencuba.
Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang.