Setiap kali lalu Chicken Rice Shop, terbau-bau harum semerbak nasi ayam nya. Terdapat pelbagai menu nasi ayam kat situ. Antaranya Nasi Ayam Hainan. Untuk menu ini sebenarnya tak susah pun nak membuatnya. Para suami pun boleh mencubanya. Sebab tak delah langkah-langkah yang kena tunggu pecah minyak dan sebagainya. Cuma hanya sediakan bahan-bahannya dan campurkan.
Resepi penuh yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman ini sangat mudah dan senang untuk diikuti dan difahami. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya:
1. Panaskan periuk dengan air secukupnya. Setelah mendidih. Masukkan semua bahan2 di atas dan kecilkan api. Rebus ayam selama 40 minit dengan api paling kecil. Jangan di kacau ayam untuk mengelakkan kulitnya atau isi terkoyak.
2. Setelah 40 minit angkat ayam dan rendam terus dalam air berais untuk menghentikan proses masaknya ayam tersebut
3. Ayam kenalah sepenuhnya masak . Jika dipotong tulangnya masih berdarah maka anda tidak cukup memasaknya.
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis majerin , campakkan rempah 4 beradik dan daun pandan seketika sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak sehingga menguning
4. Masukkan beras dan gaul serata
5. Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya seperti menanak nasi biasa. Jika air rebusan tidak cukup boleh tambah air biasa. Ikut kesesuaian. *Jumlah air bergantung pada jenis beras digunakan. Letak sedikit garam jika perlu
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya:
1. Blend halus cili, tomato dan bawang putih. Gunakan sedikit air rebusan ayam tadi
2. Perasakan dengan cuka, gula dan garam mengikut citarasa.
3. Masak sekejap diatas dapur.
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya:
1. Campurkan bawang putih dan halia parut di atas. Boleh tambahkan sedikit air rebusan ayam dan masukkan minyak. Gaul rata. Perasakan dengan garam.
2. Panaskan campuran sebentar dengan api perlahan untuk membuang rasa pedar halia dan bawang putih. Jangan sampai garing ya. Boleh buat dan simpan di dalam bekas. Masukkan sedikit minyak lagi supaya ia tahan lama.
Bahan-bahannya:
1. Minyak bijan 3 sudu besar
2. Kicap cair 2 sudu
3. Sedikit air rebusan ayam
Cara penyediaannya:
1. Campurkan semua bahan2 diatas dan masukkan sedikit air rebusan ayam yang masih panas.
Bahan-bahannya:
1. Air rebusan ayam
2. Lobak merah cincang halus
3. Garam jika perlu
4. Lobak masin
5. Bebola ayam
6. Daun bwg dan daun sup (;hiris)
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya:
1. Celur sawi sekejap dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau, dan masukkan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air rebusan ayam.
3. Selepas itu masukkn air bancuhan tepung Jagung.. Terpulang nak pekat mana.
4. Susun sawi dalam pinggan dan curahkan sos tadi, taburkan bawang goreng ke atasnya.. Siap sedia untuk dihidang.
Sangat mudah kan? Buat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi Nasi Ayam Hainan Ala Chicken Rice Shop ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat.