Mencari menu makanan ikan salmon yang sedap? Bosan dengan hidangan salmon yang itu-itu sahaja? Anda boleh cuba resepi ikan salmon grill pula.

Grill ialah teknik memasak di mana lauk dipanggang di atas api menggunakan grill pan. Dalam proses memasak ini pula menggunakan minyak zaitun bukan minyak masak biasa supaya rasanya lebih sedap dan padu.

Kandungan lemak tepu yang sedikit menjadikan salmon grill antara makanan sihat yang sangat sesuai untuk menu diet. Resepi yang dikongsikan oleh ‎Haryati Ramli‎‎ di laman Facebook ini juga akan menerangkan tentang resepi sos putih dan salad yang sesuai digandingkan dengan salmon grill.

Tanpa tunggu lama sila tengok resepi salmon grill yang telah kami tuliskan dengan kemas untuk anda semua. Sila cuba resepinya dan jamu selera anda beserta rakan dan kerabat.

Resepi Salmon Grill

salmon grill

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan salmon,
  • Garam dan lada hitam,
  • Lemon,
  • Mentega,
  • Minyak zaitun,
  • Sos putih
  • Bawang besar,
  • Tepung gandum.
  • 250 ml susu segar @ 1 tin susu cair,
  • Lada sulah,
  • Parsley kering atau oregano atau mixed herbs.

Cara-cara :

  1. Mula-mula salmon dibasuh bersih dan selawat.
  2. Kemudian taburkan garam dan lada hitam yang ditumbuk kasar. Gaul rata pada ikan.
  3. Lalu perah lemon sedikit dan sapu mentega sedikit supaya ikan tidak kering dan akan nampak moist nanti masa digrill.
  4. Perap semalaman supaya rasa meresap elok dalam ikan.
  5. Masa grill lebih baik guna kuali non stick yang ada garisan-garisan supaya ikan nampak cantik.
  6. Jangan lupa letak minyak zaitun sedikit dan grill jangan lama-lama sangat takut nanti ikan jadi keras.
salmon grill

Imej via Facebook

Cara Membuat Sos Putih :

  1. Panaskan minyak zaitun 1 sudu besar.
  2. Tumis setengah biji bawang besar yang dipotong dadu.
  3. Bila bawang sudah agak layu, masukkan 2 sudu besar tepung gandum.
  4. Kacau sehingga tepung sebati dengan bawang tadi lalu tuang 250 ml susu segar @ 1 tin susu cair.
  5. Taburkan secubit garam, 1 sudu teh lada hitam, 1 sudu teh lada sulah dan sedikit parsley kering atau oregano atau mixed herbs (terpulang apa yang ada dalam stok anda).
  6. Jika sudah cukup rasa masin lemak semua dan jika kuah masih agak pekat boleh masukkan sedikit air panas untuk cairkan.
salmon grill

Imej via Facebook

Cara Untuk Salad :

  1. Lepas grill ikan dan jika ada lebihan minyak tadi dalam kuali sebaiknya jangan dibuang atau dibasuh. Malah sebaiknya tambah sedikit lagi minyak kemudian tumis bawang putih yang telah dicincang.
  2. Kemudian masukkan semua salad (brocolli, bunga kubis, carrot, batang seleri, capsicum dan ubi kentang yang telah direbus terlebih dahulu.
  3. Perasakan dengan garam dan lada hitam sahaja.
  4. Agak semua sayuran sudah lembut. Boleh tutup api, kaup dan letak dalam mangkuk.
salmon grill

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi salmon grill, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.