Ramai ibu yang bingung mahu memasak hidangan apa untuk sarapan. Selalunya makan roti dengan susu, nasi lemak, mee goreng, roti canai dan banyak lagi. Namun kadang terfikir juga untuk menukar menu sarapan dengan makanan yang sedap dan bergizi tentunya.
Keinginan anda terjawab sudah kerana pada perkongsian kali ini kami akan membawakan kepada anda resepi roti telur sardin yang sangat viral sedunia! Resepi yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim ini telah mendapat perkongsian ramai 13.8 K di laman Facebook.
Ini bukan resepi roti telur sardin biasa. Bahannya menggunakan roti keping yang kemudian dibalut dengan sardin dan telur yang sudah digaulkan. Tengok pada gambar sangat menggoda selera bukan?
Jika roti ini disajikan sebagai sarapan untuk keluarga anda, confirm mereka akan sangat menyukainya. Selain daripada tampilan yang menyelerakan, rasa yang gerenti sedap, juga roti ini sangat bergizi dan kaya akan protein. Tunggu apalagi. Jom buat resepinya!
1. Lenyek ikan sardin (ambil sedikit sos nya).
2. Cincang bahan yang bertanda*.
3. Gaul sebati bahan dengan ikan sardin, telur, garam, lada kecil, lada sulah, bawang holland, daun bawang dan daun sup.
4. Kemudian celupkan roti dalam sardin yang telah dicampur tadi.
5. Lalu, goreng macam roti telur biasa. Siap.
Selain resepi roti telur sardin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.