Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Roti Goreng Cadbury Viral (Patut Cuba)

Selamat petang semua. Kali ini kami akan kongsikan resepi berasaskan roti. Resepi roti goreng Cadbury yang mudah. Kudapan ini diperbuat menggunakan 2…

ResepiDikemas kini 3 September 2019oleh Rahayu Z
Imej roti goreng berisi coklat Cadbury yang dipotong menunjukkan coklat meleleh.

Selamat petang semua. Kali ini kami akan kongsikan resepi berasaskan roti. Resepi roti goreng Cadbury yang mudah. Kudapan ini diperbuat menggunakan 2 bahan sahaja. Menggunakan roti keping gardenia dan coklat Cadbury. Resepi teramat mudah ini telah mendapat perkongsian sangat ramai, dalam masa yang singkat telah mencecah 114K perkongsian di laman Facebook, resepi dikongsikan oleh Sitjua Jua. Mesti anda tertanya macam mana boleh kudapan simpel ini menarik perhatian ramai? Semestinya boleh, kerana coklat Cadbury sebagai inti amat berperan menaikkan kualiti kudapan dengan menghasilkan rasa lemak coklat yang manis dan meleleh dalam mulut semasa dikunyah dengan roti lembut di luaran. Resepi ini sesuai untuk minum petang. Sesiapa yang tengah berdiet dimohon untuk tidak mencuba resepi ini demi mengelak makan yang berlebihan dan terlupa akan diet saking sedapnya kudapan ini.

Resepi Roti Goreng Coklat Cadbury

Roti goreng Cadbury yang sudah siap dihidang bersama coklat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Satu bungkus roti,

  • Satu papan coklat Cadbury hazelnut.

    Kepingan coklat Cadbury dan roti sebagai bahan utama

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Potong Cadbury, letakkan di tengah-tengah roti.

    Proses menyapu coklat Cadbury ke atas roti

    Imej via Facebook

  2. Ambil 1 lagi roti tindihkan di atas coklat tadi.

  3. Kemudian ambil cawan yang tajam mulutnya, sila tekapkan. Pastikan ditekap kuat sehingga 2 keping roti tersebut bercantum.

    Proses melipat dan memampatkan roti yang sudah disapu coklat

    Imej via Facebook

  4. Tidak perlu letak apa-apa untuk mencantumkan roti. Buat sampai habis.

    Roti yang disapu coklat sedang digoreng dalam kuali

    Imej via Facebook

  5. Panaskan minyak, pastikan minyak panas kalau tidak nanti roti akan serap minyak.

  6. Tidak perlu goreng terlalu lama dan tidak perlu tenggelam.

  7. Siap.

    Roti goreng Cadbury yang telah siap digoreng dan dipotong

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti goreng Cadbury, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.