Orang perak, tidaklah lengkap juadah raya kalau tidak menghidangkan rendang tok. Rendang ini tersangat popular sehingganya mestilah dihidangkan di semua rumah.

Walaupun memerlukan kesabaran yang tinggi dalam memasak rendang tok. Namun, hidangan ini sentiasa jadi favorit ramai. Selain dihidangkan pada hari raya, rendang ini juga banyak dihidang dalam majlis-majlis keramaian lainnya.

Banyak variasi resepi rendang tok. Namun antara resepi sedap yang menggamit selera, ialah resepi daripada  di laman Facebook. Gerenti sedap kerana ia merupakan antara resepi perkongsian ramai di Facebook.

Rendang tok rasanya agak manis dibandingkan dengan rendang lain. Sesuai dimakan bersama lemang, ketupat, nasi minyak, nasi tomato, nasi briyani dan lain-lain.

Tunggu apa lagi, jom cubakan resepinya. Hidangkan kepada tetamu, rakan dan kerabat. Sekali makan mesti ingin makan lagi. Selamat merendang semua.

Resepi Rendang Tok

rendang tok Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging lembu/kerbau 1 kg dipotong 12,
  • Santan 1 ½ kg,
  • Rempah kurma 25 g (1 packet kecil),
  • Serbuk cili 25 g (1 packet kecil),
  • Bawang merah dimayang ½ dari sukatan daging,
  • Serai 12 batang diblend,
  • Halia sebesar tapak tangan diblend,
  • Lengkuas dalam 3 ruas diblend,
  • Kerisik 3 sudu besar digoreng kelapa dan tumbuk,
  • Isi kelapa dipotong dan disangai,,
  • Garam,
  • Gula.

Cara-cara :

  1. Daging, bawang dan bahan-bahan yang diblend tadi dimasak di atas api.
  2. Kemudian masukkan cili, rempah kurma dan air (masukkan sudu untuk mempercepatkan proses memasak).
  3. Proses melembutkan daging mengambil masa yang agak lama. Kena banyak sabar.
  4. Bila daging nampak kecut, baru masukkan santan.
  5. Bila kuah agak kering, masukkan kerisik dan masak sehingga daging betul-betul empuk dan pecah minyak.
  6. Baru kemudian masukkan gula dan garam.
  7. Masukkan juga kelapa yang digoreng tadi dan keringkan dengan api perlahan.

Nota : Untuk mempercepatkan proses memasak rending, rebus dahulu daging sehingga lembut dan air rebusan boleh dicampur semula dalam rendang nanti.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rendang tok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.