Harini kami ingin kongsikan resepi red velvet cupcake yang sedap dan moist sangat.

Red velvet cupcak berwarna merah, cantik rasanya amat lembut. Namun ada beberapa orang yang tidak suka akan pewarna sintetis yang berlebihan. Oleh itu, anda perlu kira sendiri kuantiti pewarna yang akan anda gunakan supaya terhasil red velvet yang warnanya tidak terlalu menyala. Boleh juga guna pewarna alami.

Red velvet cupcake boleh dijadikan jualan atau dijadikan kek untuk menyambut hari lahir orang kesayangan. Tampilannya  yang menarik dan cantik membuat harga kek ini mahal.

Silakan intip dan cubakan resepi red velvet cupcake yang kami tuliskan di bawah ini. Resepi sedap didatangkan daripada Liz Adriana Izkey di laman Facebook. Selamat mencuba.

Red Velvet Cupcake

Imej via Facebook

Bahan Buttermilk :

  • 230 ml susu cair,
  • 1 sudu besar pewarna merah,
  • 1 sudu teh esen red velvet,
  • 1 sudu teh cuka,

Bahan Lain :

  • 250 gm tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 2 sudu teh koko,
  • 113 gram marjerin pelangi,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • 2 biji telur gred A kalau gred B 3 biji,
  • 150 gram gula biasa diblend.

Cara-cara :

  1. Mula-mula buat buttermilk dengan cara campur susu, esen red velvet, cuka dan pewarna merah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Bahan tambahan :

  • 1 sudu teh cuka,
  • 1 sudu teh soda bica campur keduanya dan biarkan.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung, serbuk penaik dan koko. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula castor hingga hancur dan nampk kembang,
  3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
  4. Campurkan buttermilk berselang seli dengan tepung ke dalam bancuhan.
  5. Akhir sekali masukkan bahan cuka dan soda tadi ke dalam adunan.
  6. Bakar pada suhu 160℃ selama 25 minit mengikut saiz cup.
    Untuk pastikan sudah masak atau belum, cucuk lidi ke dalam kek, jika lidi bersih maknanya kek sudah masak.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi red velvet cupcake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.