Anda penggemar puding tak? Pernah cuba puding triffle? Puding Triffle diberi nama kerana puding ini mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek sebagai lapisan pertama, lapisan kastard untuk lapisan kedua, dan lapisan jelly atau agar-agar sebagai lapisan ketiga. Bagi yang rajin dan kreatif, mereka akan menambah hiasan whipping cream atau hiasan buahan sebagai lapisan paling atas bagi menampakkan kemewahan dan kesedapan menu tersebut.

Puding triffle sangat sesuai dihidangkan sebagai menu pencuci mulut terutamanya bagi majlis-majlis keraian tertentu. Disebabkan puding ini mempunyai banyak lapisan, ia sangat sesuai untuk diletak ke dalam acuan bekas-bekas kecil agar senang untuk dimakan. Jika bekas yang besar, risau pula nanti tak cantik atau hancur apabila dipotong.

Dari segi kemanisan puding tersebut, kita boleh mengubah mengikut citarasa kita. Jika kita tidak suka manis dan mementingkan kesihatan, bolehlah dikurangkan seminimum yang mungkin. Tapi, janganlah sampai terlalu tawar, nanti bila makan puding tu nanti tak sedap pulak kan. Puding triffle ni haruslah ada rasa lemak-lemak manis gitu. Barulah sedap dan menjadi!

Resepi yang akan kami kongsikan pada hari ini adalah resepi puding triffle special dari saudari Aura Zaura di Facebook. Puding triffle yang dihasilkan beliau sangat menarik dan tidak rumit untuk disediakan. Just follow step by step ok!

Resepi Puding Triffle

puding triffle

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Kek Swiss roll
Fruit cocktail
Kristall jelly nona (Guna agar2 je kalau nak jimat)
1 tin susu cair
Tepung kastard
Whipping cream
Gula

puding triffle

Image via Facebook

Cara Penyediaan:

Lapisan 1 :
• Potong Swiss roll dlm 1.5cm buh dlm bekas, siramkan dgn air fruit cocktail

Lapisan 2:
• Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula (sukati nak manis lebih ke tak)
• Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan air dan masukkan ke dalam susu tadi. Kacau sampai berkilat dgn api perlahan
• Tuang adunan kastard ke atas kek tadi
• Campak-campakkan fruit cocktail dalam kastard, tunggu sampai agak-agak sejuk dan keras

Lapisan 3:
• Masakkan kristal jelly Nona (ikut resepi dia) atau agar2 (resepi sukati la gula n sirap, jangan terlalu keras, agar2 tu biar lembek skit baru sdp) jgn manis sangat sebab dah ada kek dan whipping cream yg manis
• Biarkan sejuk skit
• Tuang agar2 atas kastard dan biarkan sejuk

Lapisan 4 (Tambahan):
• Putar whipping cream sampai kental
• Piping je la atas agar2 td
• Utk hiasan letak strawberry atau buah2 lain-lain. Buah strawberry tu dibubuh piping gel/jelly supaya berkilat
• Sebenarnya whipping cream kalau x mau bubuh pun x pe. Saje nak bagi cantik dan lebih sedap

Selain resepi dessert ini, ada banyak lagi dessert lain yang best dan menarik yang kami kongsikan khas buat anda. Jemput lihat kesemuanya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.