Jom cuba resepi puding raja. Berpuding pula kita hari ini. Puding raja merupakan hidangan tradisi orang Pahang. Sejarahnya puding ini dihidangkan untuk keluarga diraja negeri Pahang.
Bahan asasnya ialah pisang lemak manis, pisang ini ialah yang terbaik untuk membuat puding raja, susu, buah prun, ceri dan kacang mete. Puding dihiasi dengan jala mas dan dihidangkan dengan sos yang dibuat dari susu.
Pada masa kini pula, puding raja popular dihidangkan semasa Ramadan serta menikmati teh petang khas untuk keluarga pada hujung minggu.
Mari rasakan kenikmatan puding raja dengan resepi yang dikongsikan oleh Shikin Jaiz di laman Facebook. Resepi sangat sedap yang menggamit selera. Selamat mencuba.
Sangat mudah dan menarik bukan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.
Selain resepi puding raja, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.