Popia merupakan sejenis kuih yang digulung bersama inti. Ada popia goreng dann popia basah. Nak upgrade lagi ada popia goreng yang disira. Sedapnya. Rasa-rasa pedas, manis, masin dan rangup gitu. Pasti nak lagi dan lagi.

Inti popia selalunya dipenuhi oleh sayur-sayuran seperti taugeh, lobak merah, sengkuang, daun bawang daun sup dan sebagainya. Selain sayur-sayuran, ada juga inti yang di tambah lauk seperti udang kering, ikan, ayam, daging dan sebagainya. Terpulang kepada si pembuat.

Mari tengok resepi mudah untuk membuat popia goreng. Resepi ini dikongsi oleh Norfarhana Ariffin di laman muka buku aka facebook. Sekelip mata dah boleh siap menu ini. Tambah-tambah sekarang sudah tak perlu membuat kulit popia sendiri. Boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual barang-barang frozen. Mudahkan? Apa lagi? Jom !

Resepi Popia Goreng

resepi popia goreng
Imej via facebook

Bahan A: Popia

  • Kulit popia
  • Tauge
  • Lobak Merah
  • Udang
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)

Bahan B: Bahan untuk Sos Sira

  • 30 tangkai cili kering 
  • 3-5 ulas bawang putih
  • Sos cili
  • Sos cili thai
  • Sedikit cuka
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaanya:

  1. Tumiskan bawang besar cincang. Masukkan udang/isi ketam. Sayur-sayur yang di hiris halus. Sedikit garam. Masak sekejap je. Dah siap.
  2. Jadi, dah boleh gulungkan popia. Isi inti macam biasa. Gulung dan goreng.
  3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan tumiskan.
  4. Masukkan sos cili, sos cili thai, sedikit cuka, gula dan garam.
  5. Masak smpai sambal tadi jadi mcm berbuih gitu. Tutup api. Biar sejuk.
  6. Gaul popia tadi dengan sambal. Tabur bawang goreng ke. Bijan ke. Kacang goreng ke. Ikut suka.

Dah siap. Mudah dan cepat kan. Bolehlah buat nanti untuk santapan seisi keluarga. Selain dari resepi Popia Goreng ini, blog kami juga ada paparkan resepi-resepi menarik yang lain. Pelbagai resepi kuih-muih, lauk-pauk, pencuci mulut, pembuka selera dari pelbagai latar belakang. Jemput tengok dan mencubanya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.