Cheese Tart ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai. Perghh padu rasanya. Rasa creamy cheese tuh sambil merenung jauh. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Cheese Tart nih. Cepat dan Mudah.

Resepi Cheese Tart yang dikongsikan oleh Arja Nasir , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.

Resepi Cheese Tart

Imej via Facebook

Bahan-bahan Tart:

  • 125g margerin
  • 50g gula aising
  • 1 st esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 250g tepung gandum

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kacau butter dan gula aising hingga sebati. JANGAN kacau sampai kembang. Biar sebati je.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung & uli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Masukkan doh dalam acuan tart & bakar pada suhu 125C selama 30 minit (bergantung pada oven masing-masing)
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan keluarkan tart dari acuan.

Bahan-bahan Cream Cheese:

  • 500g Cheese (keluarkan 15minit awal daripada peti ais)
  • 30g butter
  • 100g gula aising
  • 1 biji telur gred A(kacau perlahan dengan garfu)
  • sedikit esen vanila (letak 1 penutup)

Cara-cara penyediaannya :

  • Satukan cheese, butter serta gula aising & putar hingga lembut dan gebu.
  • Masukkan telur (telur yg dah dikacau terlebih dahulu tadi – masukkan 1 sudu demi 1 satu sudu (anggaran 3 sudu besar sahaja)
  • Kemudian putar sekejap.

Cara-cara penyediaan Cheese Tart:

  1. Susun shell tart dalam tray & letakkan filling pilihan.
  2. Masukkan cream cheese dalam piping bag & gunting hujung piping bag sama besar dengan lubang shell.
  3. Letakkan cheese dgn memegang piping bag secara menegak.
  4. Piping cheese sehingga tinggi menggunung. Kalau nak lagi buncit selepas dibakar, kena letak lagi tinggi & penuh.
  5. Bakar selama 10-15 minit, api atas & bawah pada suhu 170C.

Nota:

  1. Untuk pastikan ia masak- bila kita sentuh cheese dgn jari, cheese tak melekat.
  2. Bila dah masak, boleh la kalau nak lukis corak. Campurkan mixer Cream Cheese + Gula Aising sampai sebati. Kemudian, tambahkan pewarna pilihan.

Selain resepi Cheese Tart ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.