Siapa yang tak pernah makan popia? Popia merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi popia carbonara. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bagi setiap keluarga. Tapi inti yang sama pastinya membuatkan keluarga anda muak. Kepelbagaian inti popia pastinya akan menarik nafsu makan keluarga anda.
Terdapat banyak resepi popia yang dapat anda cuba. Popia juga boleh menjadi menu tetap petang anda. Anda boleh mencuba pelbagai jenis inti yang sesuai untuk dimakan dengan popia. Antara inti yang dapat dimasukkan dalam popia adalah sayur-sayuran, ayam, udang, isi ketam dan banyak lagi. Resepi di bawah merupakan antara resepi popia yang dapat anda cuba dan resepi yang mudah untuk diikuti.
Bagi mereka yang merupakan golongan vege, pemilihan makanan dan kandungan dalam resepi merupakan antara perkara yang penting. Bagi penggemar popia, anda mungkin boleh mencuba menu ini. Direka khas bagi mereka yang tidak sukakan sayur dan golongan vege. Resepi ini diambil dari Daily Makan.
Bahan-bahan:
Cara Masak:
1) Sediakan bahan-bahan dan rebus telur hingga masak. Buangkan kulitnya.
2) hancurkan telur tadi dengan garfu dan taburkan serbuk lada sulah.
3) Gaulkan telur hancur tadi dengan sayur kubis dan lobak, gaul sehingga sebati
4) Ambil kulit popia dan letakkan inti ditengah-tengah dan gulung.
5) Sapu sedikit air dihujung kulit popia supaya bercantum elok semasa digulung.
6) Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sampai garing.
7) Hidangkan dengan sos thai.
Siapa yang tak suka dengan cheese? Popia ini dibuat berdasarkan bahan-bahan yang biasa dijadikan makanan ringan bagi kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai popia ini ialah terdapatnya cheese yang diletakkan sebagai bahan asas popia. Rasa manis jejari ketam dan cheese yang masin pastinya melengkapkan rasa popia tersebut. Resepi dikongsi oleh Rizani Absbullah.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1) Potong kepingan cheese menjadi 3 bahagian
2) Ambil kulit popia letakkan crab stick dan cheese kemudian gulung dan lekatkan hujung popia dengan air
3) Ulang step hingga habis
4) Goreng hingga kekuningan
5) Sedia untuk dihidang
Kalau bercakap tentang rendang, pasti ramai yang teringatkan hari raya. Siapa yang tak suka dengan rendang yang sedap dimakan dengan lemang atau ketupat. Tapi rendang juga sesuai untuk dijadikan inti popia. Jom tengok resepi di bawah. Dikongsi oleh Ziana Chesaad.
Bahan Rendang:
Bahan Lain:
Cara Memasak:
1) Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan rempah rendang yg dibancuh dengan sedikit air.
2) Tumis sehingga pecah minyak.
3) Masukkan santan, isi ayam cincang, daun kunyit dan daun limau.
4) Masak dan kacau rendang sehingga kuah rendang kering.
5) Setelah rendang sejuk. Letakkan sesudu rendang diatas kulit popia.
6) Balut dan gamkan dengan air dihujung kulit supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.
7) Goreng didalam minyak yang panas sehingga kekuningan dan rangup. Selamat mencuba.
Peminat makanan pedas pasti menyukai resepi popia ini. Rasa yang baru dengan bahan-bahan yang simple. Anda boleh mencubanya sendiri! Resepi popia ini dikongsi oleh Zaky Mat Ali.
Bahan-bahan Inti Popia:
Cara Memasak Inti Popia:
1) Pertama sekali, gaulkan kobis, sengkuang, lobak merah dan taugeh sehingga sebati.
2) Setelah itu, letakkan inti ke atas kulit popia yang kering.
3) Gulungkan dengan kemas. (Pastikan gulungan kemas untuk elakkan inti terkeluar semasa menggoreng).
4) Panaskan api di dalam kuali.
5) Apabila api sudah betul-betul panas, boleh masukkan popia.
6) Tunggu sehingga kulit popia bertukar warna kuning keemasan, boleh tutupkan api dan angkat.
Cara Memasak Sira:
1) Panaskan minyak dan masukkan 9 sudu cili giling.
2) Kacau sehingga garing.
3) Tambahkan 10 sudu gula, 2 sudu sos cili dan setengah sudu garam.
4) Kacau hingga sebati.
5) Apabila sudah masak, boleh taburkan biji bijan.
Siapa yang tak suka dengan cheese? Bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai makanan termasuk kulit popia. Jom tengok resepi popia cheese ni. Boleh jadi snek untuk anda bila nak tengok movie. Resepi dikongsi oleh Farah Subhi.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1) Gunting kulit popia, jemurkan sekejap dan goreng sehingga kulit popia kekuningan.
2) Kisarkan serbuk cheese, serbuk cili, garam dan gula.
3) Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi
4) Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.
Nak buat kudap-kudap untuk anak? Jangan risau, jom tengok resepi popia ni. Anak-anak pasti suka dengan gabungan rasa rangup dan manis milo serta nestum. Resepi ini dikongsi oleh Komando Fairus.
Bahan-bahan:
Cara Memotong Kulit Popia:
1) Ambil kulit popia, potong 4 bahagian dan bahagi kepada 2 bahagian lagi
2) Leraikan kulit popia
3) Goreng kulit sehingga kekuningan
Cara Buat Adunan Nestum Milo:
1) Blander nestum bersama gula dan milo sehingga halus.
2) Salutkan nestum dengan kulit popia semasa kulit popia masih panas.
3) Sedia untuk dihidangkan!
Siapa yang tidak tahu dengan resepi popia viral ni. Resepi popia ini dikongsi oleh Abdullah Kadir. Rasa carbonara yang sememangnya berlemak menjadikan resepi ini terkenal. Kanak-kanak juga sangat menyukai popia carbonara cheese ini. Jom tengok cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1) potong semua bahan seperti cendawan, sosej dan cili bengala.
2) hancurkan daging kisar ke dalam bekas.
3) tumis bawang besar yang dipotong tadi
4) masukkan daging kisar
5) masukkan sos prego dan sos campbell
6) masukkan sosej dan cili belanga
7) kacau hingga sebati
8) masukkan sos carbonara cheese tadi ke dalam kulit popia dan bungkus. Ulang proses yang sama sehingga habis
9) goreng popia ke dalam minyak yang panas. Popia sedia untuk dihidangkan!
Kalau fikir nak minum-minum petang tu, apa kata buat resepi ni je. Mesti semua suka. Lagi-lagi kalau musim makanan laut dapat udang yang besar-besar. Resepi dikongsi oleh MyResipi.
Bahan Untuk SOS:
Cara Penyediaan:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
2) Masukkan sayur campur. Gaul sehingga sayur separuh masak.
3) Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan 1 minit
4) Masukkan cendawan dan masukkan garam dan gula.
5) Pecahkan telur ke dalam bekas kecil dan kacau sehingga rata untuk dijadikan gam.
6) Bungkus inti dengan kulit popia. Gam popia dengan menggunakan telur.
7) Goreng dalam minyak penuh, pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan minyak masuk kedalam popia.
Cara Penyediaan SOS:
1) Masukkan semua bahan dan didihkan sehingga cili masak dan sos sedikit pekat.
2) Hidang panas-panas.
Anda pernah cuba tak popia ayam cendawan? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba sekarang. Gabungan antara ayam dan cendawan pastinya akan membuatkan anak-anak anda suka. Jadikan popia ini sebagai menu petang anda. Dikongsi dari Rasa.
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Bahan B:
Cara Membuat:
1) Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, masukkan garam dan kiub ayam.
2) Bila bahan masak, masukkan cendawan dan charambells cream.
3) Masukkan cheese dan kacau sebati.
4) Tutup api dan masukkan dalam bekas bila dah sejuk.
Cara Membungkus Popia:
1) Sediakan kepingan kulit popia.
2) Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum.
3) Ulang sampai habis.
4) Panaskan minyak dan goreng sehingga popia menjadi keperangan.
5) Angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi popia yang lain ialah popia bolognese. Makan spaghetti dengan sos menggunakan sos Bolognese adalah sesuatu yang biasa. Tapi apa kata anda cuba resepi popia Bolognese ni? Sos yang kaya dengan rasa tomato pastinya memikat deria rasa anda. Resepi ini dikongsi oleh Guesteaus Bistro.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan api yang sederhana.
2) Goreng telur seperti scrambled egg, asingkan dari kuali.
3) Goreng daging cincang bersama bawang besar yang telah dicincang halus.
4) Masukkan semula scramble tadi bersama sayur campur.
5) Masukkan sos prego dan sos tomato.
6) Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam.
Cara Bungkus:
1) Sebelum inti diletakkan ke dalam kulit popia, letak cheese dahulu.
2) Ulang proses yang sama sehingga inti habis.
3) Goreng ke dalam minyak yang panas. Siap untuk dihidangkan.
Senarai di atas merupakan antara resepi yang dapat anda cuba. Resepi ini pastinya akan menarik deria rasa setiap genesrasi sama ada tua mahupun muda. Resepi ini merupakan antara resepi yang mudah untuk diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk and cari. Selamat mencuba!
Anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi kami yang lain seperti: