Mahukan resipi pizza yang sedap?

Sebut sahaja tentang pizza, membayangkan makanan yang sedap itu sahaja sudah mampu membuatkan orang terliur. Hal ini adalah kerana pizza merupakan makanan yang bebas dibuat mengikut citarasa masing-masing. Oleh itu, daripada kita membeli atau membuat pesanan pizza, apa kata kita cuba buat pizza sendiri menggunakan resipi yang sedap ini sekali sekala.

Pizza merupakan makanan yang berunsurkan barat dan sangat senang untuk dibuat. Terdapat pelbagai jenis cara untuk membuat pizza ini. Cara yang paling digemari ramai adalah dengan menggunakan oven, akan tetapi resipi yang ingin dikongsikan ini membuat pizza menggunakan kuali. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mencuba resipi pizza yang menggunakan kuali ini. Jom cuba resipi ini!

Resipi ini telah dikongsikan oleh Murni Rahmat di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai orang. Selamat mencuba!

Resepi Pizza Kuali

Resepi Pizza Kuali

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

Resepi utk 5x pizza.

  • 1kg tepung gandum
  • 2 cawan air suam
  • 1 peket Mauripan
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ya.

Bahan topping:

  • Sos pasta tradisional-jenama bebas.
  • Boleh letak macam-macam topping,
    Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

Tumis bawang holland dan bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yang lain(contoh:ayam,hotdog dan cendawan).. tumis sampai masak ya..perasakan dengan garam dan lada hitam..ketepikan.

Resepi Pizza Kuali

Image via Facebook

Cara-cara memasak:

1. Gaul tepung dgn minyak.

2. Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnyanya 5 minit, bila sudah tidak melekat dekat tangan,tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu,tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula..selepas 2-3 minit,dah muncul buih-buih,baru campur dan uli tepung jadi doh.

3. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

4. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.

5. Bentuk kan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.

6. Masak api kecik saja. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau letak lapik, masak sahaja doh itu atas kuali.

7. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.

8. Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak.. susun siap-siap atas kuali ya..baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu..sebab topping tu berat..nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pula.

9. Cheese tu ambil masa 3-4 minit utk cair ya.

*nak cepat..buat pakai roti nan/arab..
*resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau..

Resepi Pizza Kuali

Image via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pizza kuali, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Nur Aisyah

Meminati bidang penulisan dan kini merupakan antara penulis di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.