Resepi Chipsmore (Kek Moist Mudah Yang Sedap)
Mencari kek mudah, senang dan cepat siap? Buat kek guna biskut chipsmore ialah jawabnya. Resepi chipsmore yang senang. Hanya menggunakan 2 bahan; biskut…

Mencari kek mudah, senang dan cepat siap? Buat kek guna biskut chipsmore ialah jawabnya. Resepi chipsmore yang senang. Hanya menggunakan 2 bahan; biskut chipsmore dan susu, anda boleh menghasilkan kek coklat chipsmore yang moist, soft dan lazat. Tidak percaya akan resepi mudah ini? Anda boleh cubakan sendiri resepi daripada Noorashikin Ibrahim di laman Facebook. Dengan 2 bahan serta hanya perlukan blend dan pengukus, kek moist yang elegan dan sedap sedia dihidangkan. Tampilan kek menarik rasa pula amat sedap. Anda boleh hias mengikut kreativiti anda sehingga kek tampak makin menyelerakan. Selamat mencuba.
Resepi Kek Chipsmore Moist

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
-
1 paket besar biskut chipsmore,
-
200 ml susu dutch lady perisa coklat.

Imej via Facebook
Cara-cara :
-
Patah-patahkan biskut.
-
Campur biskut dengan susu.
-
Blend bahan hingga sebati.
-
Masukkan dalam acuan kemudian kukus selama 30 minit.
-
Siap.

Imej via Facebook
Resepi Menarik Lain
Selain resepi kek chipsmore, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.