Jom cuba resepi pizza yang menggunakan roti putih ini.
Resepi pizza ini sangat simple dan memerlukan sekitar 15 minit sahaja. Pizza ini menggunakan roti putih, suatu yang mudah diperolehi. Anda tidak perlu leceh membuat adunan doh roti pizza. Cukup guna roti putih yang ada di rumah anda. Kalau ada roti yang hampir expired namun tidak habis lagi. Boleh diubah menjadi roti pizza yang sedap sangat!
Pizza simple ini boleh dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau dijadikan bekal untuk anak-anak anda pergi sekolah mahupun bekal sarapan untuk suami anda pergi bekerja.
Di bawah ini kami kongsikan resepi pizza mudah serta lengkap dengan gambar step by step yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di facebook. Anda jangan risau, resepi ini sangat mudah dan tidak memakan masa. Sila cuba resepi ini.
1. Letak roti ke dalam dulang pembakar.
2. Letak sos spaghetti dan sos cili.
3. Letak sosej dan cendawan.
4. Letak mayonaise.
5. Taburkan cheese.
6. Akhir sekali, bakar selama 10 minit pada suhu 150’C. Siap.
Selain resepi pizza roti putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.