Tentunya ramai yang menggemari masakan dari negara jiran kita iaitu Thailand. Mereka mempunyai pelbagai jenis masakan yang unik dan sedap. Kebanyakan dari kita pastinya mengenali masakan tom yam yang memang terkenal yang berasal dari Thailand.

Pada hari ini kita bukan hendak bercakap mengenai tom yam tetapi kita akan berkongsi resipi phad phed kai. Dalam bahasa melayu kita boleh panggil resipi ayam goreng pedas. Pastinya anda sudah tidak sabar hendak mencuba resipi ini bukan? Jadi mari kita lihat cara-cara menyediakannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Arini Sue dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

RESEPI PHAD PHED KAI

phad phed kai
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan rencah:

  • 3 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Cili api
  • Sedikit cili kering
  • Sedikit belacan

Nota: Kuantiti cili api bergantung kepada kepedasan yang anda mahu.

Bahan lain:

  • Setengah ekor ayam
  • 5 tangkai kacang panjang
  • Terung pipit
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Cara – cara penyediaan:

  1. Kisar bahan rencah sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan rencah sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam betul-bteul masak.
  4. Masukkan kacang panjang, terung pipit dan hirisan limau purut.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Gaul sehingga sebati.
  7. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi phad phed kai ini terdapat beberapa lagi resepi lain yang semestinya anda boleh cuba dan hidang kepada ahli keluarga. Jangan lupa untuk konsgikan resepi ini juga ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.