Asal nak beli oden mesti kena beratur panjang. Itu memang senario dia kalau masuk Family Mart. Mesti ramai yang suka menu popular oden dia orang. Memang ramai pergi Family Mart sama ada nak beli oden atau pun aiskrimnya.
Jom kita cuba buat oden sendiri kat rumah. Mudah sangat rupanya. Satu family pula boleh makan sampai puas, jadi puas hati. Meh tengok resepi yang sudah viral sana sini itu. Resepi perkongsian ramai baru baru ini yang dikongsikan oleh Marina Ismail di laman Facebook. Boleh olah ikut tekak masing-masing ya.
Yang remehnya satu hal saja, susah nak cari barang frozen di satu tempat. Merata lah menjelajah. Siap pergi kedai-kedai Frozen, Giant dan Aeon semata-mata cari yang hampir sama dengan Family Mart. Kemudian kalau seafood frozen lebih disyorkan jenama Mushroom dan Figo sebab kedua-dua jenama itu rasanya lebih sedap dan berkualiti.
Tunggu apalagi, cubakan resepi ini di rumah. Sekali-sekala boleh lah untuk memuaskan selera anda yang mengidamkan oden Family Mart itu.
Selain resepi oden, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.