Nasi goreng merupakan masakan panas segera yang lazat. Nasi goreng dibuat daripada nasi putih yang di goreng dengan ramuan serta rempah-rempah mengikut selera.
Orang yang tidak suka makan nasi dingin atau membuang nasi yang tidak habis, maka nasi tersebutlah sesuai digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.
Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng memang sangat lumrah dijadikan sarapan. Biasanya nasi goreng dimakan tidak memerlukan lauk. Namun masa kini ada yang memakan nasi goreng dengan lauk mengikut selera masing-masing.
Pada resepi kali ini kami akan berkongsi resepi nasi goreng ikan masin mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di Facebook. Resepinya sangat mudah dan sedap. Sila cuba resepi ini.
1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.
2. Masukkan 1/2 sdm bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.
4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak.
5. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
6. Selepas itu masukkan 2 sdm sos ikan.
7. Masukkan 1 sdm sos tiram.
8. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!
Kalau mahu lagi sedap pastikan masa goreng nasi menggunakan api kuat hingga nasi masak sebati.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi nasi goreng ikan masin, kami juga berkongsikan resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.