Alamak!! Buntulah nak masak apa untuk open house ataupun jamuan makan-makan dengan keluarga. Asyik-asyik nasi putih berlauk, nasi ayam, nasi minyak. Nak cuba menu baru? Jadi anda bolehlah mencuba resepi Nasi Tomato mudah dan sedap yang dikongsi oleh Aida Fasyee . Pasti tak menyesal.

Resepi Nasi Tomato

Imej via Facebook

Resepi Nasi

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit halia
  • 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar tomato paste
  • 1 kiub pati ayam
  • sebatang serai diketuk
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • sedikit minyak tuk menumis
  • garam
  • hiasan daun pudina dan bawang goreng

Cara-cara Penyediaannya:

  1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
  3. Tumis sehingga naik bau, masukkan tomato paste, serai, dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Masak seperti masak nas biasa.

## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan… Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan …

Resepi Ayam Masak Merah

  • 1/2 ekor ayam dpotong kecil
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
  • 2 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar sos cili/sos tomato
  • garam 
  • gula
  • minyak utk menumis
  • bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

Cara-cara Penyediaannya:

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
  5. Dah agak-agak kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dengan garam. 
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

Resepi dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur

  • 300 gm daging lembu dipotong kecil
  • hati lembu dipotong kecil
  • paru lembu (dipotong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
  • 2 biji bawang besar sederhana saiz
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu rempah dalca
  • 1 mangkuk santan
  • sedikit halia
  • sedikit air asam jawa
  • minyak masak 
  • garam dan sedikit gula
  • kacang panjang
  • terung
  • bendi
  • ubi kentang
  • lada hijau
  • carrot

Cara-cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca. Biarkan ia sebati dan pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk. Kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu.
  3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa.
  5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong. Biarkan hingga masak.

Resepi Acar Timun

  • timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
  • carrot dipotong memanjang
  • nenas di potong 
  • bawang di mayang halus
  • sedikit cuka
  • garam dan gula
  • air kapur

Cara-cara Penyediaannya:

  1. Timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur untuk merangupkan . Setelah itu bersihkan kembali timun tadi
  2. Kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula dan nanas.
  3. Kacau sebati dan boleh masuk dalam peti ais.

Boleh juga cuba versi resepi nasi tomato yang lain.

Selamat mencuba ya. Ok, selain dari resepi nasi tomato ini, terdapat juga resepi menarik yang lain yang telah dikongsikan dalam blog Bidadari ini. Boleh cari di bahagian resepi ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.