Anda selalu teringin nak makan nasi minyak? Tapi tak ada kenduri untuk di pergi? Jangan risau! Sekarang, anda boleh menikmati nasi minyak tidak kira waktu dengan resepi nasi minyak ini!

Resepi nasi minyak ni sememangnya akan dicari cari lagi lagi waktu raya, ataupun waktu kenduri. Tapi apa salahnya kalau anda mahu cuba memasaknya untuk seisi keluarga anda untuk makan tengah hari mahupun makan malam.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mazliza Ahmad dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Wah, tengoklah gamabr di bawah, jadi tak sabar untuk mencubanya.

Resepi Nasi Minyak

Arini akak masak nasi minyak kampung yang sangat bermakna bagi akak untuk anak bujang akak sebagai hadiah untuk pencapaian 9a dia dalam pt3. Nasi ni memeang pebret dia dari kecik lawan pulak dengan ayam masak merah.

Bergenang airmata akak bila akak tanya apa hadiah yang dia nak and dia jawab nak makan nasi minyak mama. Betapa air tangan seorang ibu itu membawa erti yang cukup besar bagi seorang anak. Pengikat kasih sayang hingga ke akhir hayat. Alhmdulillah untuk kasih sayang yang indah ini.

Akak share resepi pada yang nak cuba ya. Simple je tapi anak akak memang suka.

Bahan bahan

  • 3 pot beras basmathi (akak guna jasmin basmathi pusa gold)
  • 5 pot air(1 pot di guna untuk blend dengan bawang goreng)
  • 2 sudu makan planta(nak guna minyak sapi pun boleh)
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Rempah sup bunjut adabi-1
  • 1 genggam bawang goreng(mesin dengan air)
  • 1 sudu makan kismis
  • Garam dan perasa
  • *1 biji bawng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *1/2 inci halia

Cara:

  1. Blend bahan bertanda *
  2. Panaskan rice cooker. Masukkan planta
  3. Tumis rempah 3 serangkai
  4. Masukkan bahan blend. Masukkan rempah sup bunjut
  5. Masukkan kismis, garam dan perasa
  6. Masukkan bawang goreng yang dah di blend dengan 1 pot air
  7. Masukkan beras
  8. Akhir sekali masukkan lagi 4 pot air.
  9. Tutup periuk dan biar hingga masak.
  10. Bila dah masak, kaiskan dengan garfu (untuk elakkan nasi jadi patah-patah)

Resepi Nasi Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.