Orang Melayu menyebutnya nasi hujan panas. Pernahkah anda makan nasi hujan panas? Nasi ini berwarna hijau, merah dan kuning. Hidangan ini sudah menjadi tradisi di Malaysia sejak dahulu. Umpamakan pelangi yang muncul selepas panas dan hujan, ada pula yang menyebutnya rainbow rice.

Eka Afikah di laman Facebook berkongsikan resepi nasi hujan panas lengkap dengan sambal ayam. Sedapkah? Semestinya memang sedap. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi nasi hujan panas pn Eka tersebut.

Resepi kali ini sangat mudah. Resepi campak-campak sahaja tanpa sukatan. Sangat mudah dan senang untuk anda cubakan di rumah.

Nasi hujan panas boleh anda hidangkan untuk kenduri, majlis mesyuarat dan lain-lain. Tanpa tunggu lama, sila tengok resepi perkongsian di bawah ini.

Resepi Nasi Hujan Panas

nasi hujan panas

Imej via Facebook

Bahan-bahan Nasi :

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Bunga lawang,
  • Kayu manis,
  • Daun pandan,
  • Beras,
  • Susu cair setengah tin,
  • Air.
  • Pewarna,

Bahan Sambal Ayam :

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Serai,
  • Cili kering,
  • Air asam jawa,
  • Gula,
  • Garam,
  • Sos cili.

Cara Menyediakan Nasi :

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan sampai wangi.
  2. Kemudian masukkan beras.
  3. Lalu masukkan susu cair setengah tin. Air sukat macam biasa.
  4. Jika nasi sudah kering, masukkan pewarna yang dicampur air. Tutup sekejap kemudian baru gaulkan nasi. Saya guna garfu.

Cara Menyediakan Sambal Ayam :

  1. Blender bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili kering.
  2. Kemudian tumis sampai garing.
  3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Saya letak sos cili sedikit
  4. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi hujan panas, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.