Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh kita sediakan di rumah dengan mudah. Antaranya nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan lain-lain. Cara menyediakannya juga amat mudah dan hasilnya juga pastinya sedap. Pada hari ini kita akan membawakan nasi goreng kampung daging.

Resepi ini pastinya akan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Anda bolehlah mencuba resepi ini apabila mempunyai masa lapang atau apabila sudah ketandusan idea untuk memasak. Nasi goreng ini juga sesuai untuk dihidangkan bila-bila masa sahaja.

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi nasi goreng kampung daging yang telah dikongsikan oleh Arbi Mohd Arbi di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Nasi Goreng Kampung Daging

nasi goreng kampung daging
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • Nasi putih
  • Kacang buncis
  • Daging
  • Cili api kampung merah dan hijau
  • Bawang merah kecil
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Sos tiram
  • Soya sos cair
  • Garam
  • Lada hitam

Cara – cara penyediaannya:

  1. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Goreng daging kiub dan salami hiris dan potong kecil dan asignkan.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan garam dan lada hitam.
  3. Hiris bawang merah dan lengkuas.
  4. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  5. Biarkan sehingga naik bau. Apabila sudah garing, masukkan soya sos cair, sos tiram dan sedikit air.
  6. Gaul rata dan pastikan rasa agam masin sedikit kerana nanti kita akan masukkan nasi.
  7. Setelah rasanya sudah cukup, masukkan nasi, daging dan kacang buncis.
  8. Besarkan appi dan kilaskan nasi sekerap yang mungkin.
  9. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi-resepi lain yang menarik:

Menarik bukan resepi nasi goreng kampung daging ini? Jika anda rasakan resepi ini menarik bolehlah anda kongsikan resepi ini bersama dengan kenalan anda. Klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.