Kalau anda ingin mencari sebuah resepi yang boleh dimakan diwaktu malam, resepi ini khas buat anda. Nasi goreng daging amat popular dijual di restoran di sekitar kita.

Rasanya berlainan, mengikut citarasa sipembuatnya. Nasi goreng daging juga amat mudah untuk disediakan kerana bahannya yang ringkas. Oleh itu, anda juga boleh menyediakan nasi goreng daging ini sendiri!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Incik dan Cik A dan telah mendapat banyak komen positif serta perkongsian yang ramai.

Resepi Nasi Goreng Daging

nasi goreng daging
image via Facebook
  • Daging 300 gram
  • 4 – 5 senduk nasi
  • 3 sudu makan ikan bilis *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 tangkai cili kering *
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu makan kicap masin cair
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1/2 sudu makan serbuk lada sulah
  • Secubit garam gula serbuk perasa jika mahu
  • Sayur / cili / hirisan daun bawang

Cara – cara memasak:

  1. Potong nipis daging dan didihkan air. Apabila sudah didih, masukkan daging dan rebus sampai masak. Toskan.
  2. Tumbuk bahan bertanda (*) 3/4 lumat.
  3. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng biar garing sedikit dan angkat. Ketepikan.
  4. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik baru. Kemudian masukkan cili kisar, masak sekejap dengan api kecil barulah masukkan kicap cair, sos tiram, sos cili, kicap dan minyak bijan. Perasakan untuk kali pertama.
  5. Sebelum masukkan nasi, keluarkan 1/2 mangkuk perencah nasi goreng tadi untuk elak nasi terlalu lembut. Masukkan nasi dingin atau yang disejukkan. Gaul rata. Kalau nasi kering, tambah bahan perencah ikut keperluan.
  6. Perasakan dengan lada sulah, sayur dan potongan cili serta garam gula mengikut pilihan anda.
  7. Masak sehingga sayur layu dan boleh lah dihidangkan dengan sambal becan dan lobak jeruk serta ditaburkan dengan hirisan daun bawang.
nasi goreng daging
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.