Sajian Nasi Daging kebiasaannya dijadikan sebagai menu di hari lebaran. Namun begitu, disebabkan resepinya yang mudah, cepat dan senang, menu ini juga disediakan untuk hari-hari kebiasaan. Ada pelbagai cara untuk menyediakan Nasi Daging. Antaranya Nasi Daging yang di masak sekali dengan daging dan Nasi Daging yang dimasak hanya dengan air rebusan daging dan tambahan lauk daging bakar yang telah diperap. Namun kedua-dua cara ini akan disertakan sekali dengan menu air asam.

Resepi Nasi Daging, Daging Bakar dan Air Asam yang dikongsi Masni Baharioleh di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya.

Resepi Nasi Daging

resepi nasi daging
Imej via facebook

Bahan A:

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan susu cair
  • 3 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan nanas
  • Sedikit garam dan gula

Bahan B:

  • 4 sudu besar minyak sapi/majerin
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Bawang besar (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • Daun pandan (simpul)
  • 4 sekawan
  • 2 sudu besar rempah daging

Cara-cara penyediaan nasi daging:

  1. Tumis semua bahan B kecuali rempah.
  2. Tumis sampai bahan tadi kekuningan, kemudian tuang rempah dan tambah air sedikit.
  3. Masak rempah sampai garing dan kemudian tuang susu cair, air rebusan daging garam dan gula.
  4. Biarkan mendidih.
  5. Setelah mendidih dah boleh masukkan beras dan nanas tadi.
  6. Tutup tudung periuk dan tunggu sampai masak.
  7. Kalau boleh dalam proses nak kering, perlu gaul nasi tu ya tapi jangan terlalu kerap pula.

Resepi Daging Bakar

Bahan-bahannya (dikisar):

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Gula
  • Sos tiram
  • Sebok kunyit
  • Sedikit garam dan minyak masak

Cara-cara penyediaan daging bakar:

  • Satukan semua bahan dan kisar halus.
  • Perap pada daging yang direbus tadi. Perap selama 1 jam.
  • Dah boleh dibakar.
  • Bahan yang dikisar jangan sesekali tambah air, hanya perlu minyak saja. Jadi masa bakar daging dah tak perlu sapu minyak dah.

Resepi Air Asam Kerisik

Bahan A (dikisar):

  • Cili hidup
  • Cili melaka
  • Belacan
  • Air asam jawa

Bahan B (dihiris):

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Kerisik
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara penyediaan air asam kerisik:

  1. Satukan bahan blend dgn bahan hiris..gaul serata siap..

Selain resepi Nasi Daging ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.