Mencari resepi nasi beriani gam yang sedap?

Nasi beriani gam merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah. Biasanya menggunakan beras basmati dan ayam, daging kambing, ikan, telur atau sayur-sayuran.

Nasi ini dimasak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap di dalam periuk bersama ‘lapisan’ beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan ‘manis’ daging.

Hidangan nasi beriani gam paling dicari masa kenduri kendara, hari raya mahupun majlis perkahwinan. Hidangan ini jadi kesukaan sebab senang dimasak, simpel dan sedap sangat-sangat.

Satu keluarga mesti suka, anak-anak dan encik suami akan makan sampai menjilat jari. Tetamu yang datang pula mesti akan tambah makan dua sampai tiga kali. Memang puas.

Anda yang teringin resepi nasi beriani gam yang super sedap sila tengok perkongsian kami kali ini. Resepi nasi beriani gam yang dikongsikan oleh ‎Esya Eisya‎ di Facebook dan mendapat perkongsian ramai.

Resepi Nasi Beriani Gam

nasi beriani gam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 cawan beras moghul faiza
  • Ayam separuh potong sedang
  • 1 senduk rempah beriani mak siti
  • 4 cawan air (guna cawan yang sama sukat beras)
  • Hiris bawang merah dan putih agak-agak
  • Sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih.
  • Sedikit daun pudina
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 sudu minyak sapi
  • Setengah senduk minyak masak

Cara Menyediakan :

  1. Panaskan minyak masak dengan minyak sapi.
  2. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air.
  4. Tumis sampai naik minyak.
  5. Bila rencah sudah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masukkan 1 cawan air.
  6. Bila sudah hampir mendidih masukkan ayam.
  7. Kacau dan tutup biar ayam cepat masak.
  8. Agak-agak ayam sudah masak, masukkan daun pudina dan tomato diatas ayam. Tak perlu kacau.
  9. Terus masukkan beras yang sudah dibasuh.
  10. Lalu masukkan air 3 cawan ratakan dan tutup biar mendidih sehingga kering.
  11. Bila sudah kering kecilkan api.
  12. Titikkan pewarna kuning diatas nasi.
  13. Jangan kacau terus tutup biarkan nasi betul-betul kering dan masak.
  14. Jika sudah kering baru gaulkan.
nasi beriani gam

Imej via Facebook

Nota : Kalau mahu pakai daging kena masakkan daging sampai empuk @ rebus dulu daging.

Resipi Salad Beriani

nasi beriani gam

Imej via Facebook

  • Timun jepun
  • Tomato
  • Lemon dipotong dadu
  1. Campurkan semua bahan.
  2. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.

Resipi Sambal Masak Merah Nasi Beriani

nasi beriani gam

Imej via Facebook

  • Cili kering direbus
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serai
  • Gula melaka dan air asam jawa dikisar
  1. Tumiskan bawang Holland dengan bahan yang dikisar dan sos tomato@tomato puree.
  2. Masukkan sedikit santan.
  3. Akhir sekali masukkan ayam goreng (yang telah digaram, kunyit dan rempah kari) dan tomato.
  4. Sedia dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi beriani gam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.