Apakah resepi memikat suami yang terbaik? Tidak dinafikan apabila tiba saja hari ulangtahun perkahwinan, ramai di kalangan para isteri berasa pening kepala.
Bukan pening kepala kerana hamil lagi. Ini pening kepala kerana memikirkan resepi memikat suami yang sesuai di masak pada hari istimewa.
“
Tak salah luang masa bersama, celebrate berdua di dalam rumah sendiri saja. Di sini akan dikongsikan beberapa resepi memikat suami yang sangat sedap dan best! Jangan risau kerana resepi ini tidaklah terlalu susah untuk di masak.
Untuk set makanan yang lengkap dengan nasi, lauk dan kuah, anda boleh menghidangkan menu ayam penyet yang legkap dengan sos dan sebagainya. Hidangan lengkap yang agak ringkas sebegini sangat sesuai untuk dijadikan menu utama ketika makan berdua-duaan. Ayam penyet sangat sedap dimakan bersama kuah sup dan sambal yang umph.
Resipi ayam penyet : https://bidadari.my/resepi-nasi-ayam-penyet-special/
Jika suami anda seorang yang sukakan menu berasaskan kopi, kek tiramisu boleh disediakan supaya kena dengan seleranya. Walaupun nama dan rasanya agak unik tetapi cara untuk menyediakannya sangat senang. Hanya dengan beberapa bahan ringkas. Langkah penyediaan yang mudah. Anda akan dapat membuat kek sendiri seperti seorang pakar profesional.
Resipi kek tiramisu : https://bidadari.my/resepi-kek-tiramisu/
Makanan ini sangat istimewa. Sesuai dengan namanya ‘puding raja’, ia sering dimakan oleh keturunan di raja. Kini menu ini sudah boleh dinikmati oleh sesiapa saja.
Untuk hari special pastinya makanan ini sangat sesuai dihidangkan untuk suami tercinta. Tidak tahu bagaimana untuk membuatnya? Jom ikut langkah demi langkah hanya dengan klik link resepi di bawah.
Resepi puding raja : https://bidadari.my/resepi-puding-raja/
Makanan laut memang sedap! Makin sedap jika dapat di makan segar dengan cara masakan istimewa. Seronok rasanya jika dapat makan ratah udang yang manis isinya.
Makin bermakna bila dapat makan bersama insan tersayang sambil mengingati kenangan lampau. Bagi anda yang mahu penuhi masa makan bersama suami tersayang, udang butter adalah salah satu resepi memikat suami yang terbaik.
Resepi udang butter creamy cheese : https://bidadari.my/resepi-udang-butter/
Wow! Ayam panggang! Sedap rasanya jika dapat makan dengan sos masam manis pedas. Makin sedap jika dapat makan hasil daripada air tangan isteri sendiri. Ayam panggang begini boleh juga di makan bersama nasi. Ia juga sangat sesuai untuk menjaga diet suami.
Resepi golden chicken grill : https://bidadari.my/resepi-ayam-grill/
Hari ulangtahun ini anda tidak dapat cuti? Terpaksa berkejar balik untuk memasak? Tak mengapa, menu spaghetti bakar kan ada. Apa yang perlu anda buat hanyalah siapkan bahan yang diperlukan sehari lebih awal. Setelah itu campak semuanya dan biarkan oven berkerja untuk proses bakar. Sementara siap di masak di dalam oven anda bolehlah berhias untuk suami. Gerenti suami akan berasa takjub melihat penampilan anda yang cantik dengan menu yang sedap.
Resepi spaghetti bakar arab saudi : https://bidadari.my/resepi-spaghetti-bakar/
Menu yang nampak payah tidak bermakna cara memasaknya juga susah. Buktinya nasi arab ayam ini. Walaupun nampak rumit tetapi sebenarnya tidaklah susah. Cuma suami pastinya berasa kagum dengan bakat anda kerana mampu mempamerkan hidangan yang meriah seperti ini. Resepi memikat suami dengan air tangan isteri sendiri memang sangat bermakna. Sekali anda masak selamanya akan melekat diingatan suami sampai bila-bila.
Resepi nasi arab ayam : https://bidadari.my/resepi-nasi-arab-ayam/
Suami anda berasal dari Kedah atau Perlis? Jika ya, resepi memikat suami yang paling sesuai untuk anda adalah bihun sup utara. Anda boleh ikut cara dan bahan melalui resepi di link yang disediakan. Dan jika ditakdirkan anda gagal mengikutnya dengan tepat sekalipun. Suami anda pasti akan terus tersenyum kerana menghargai segala penat lelah anda itu. Anda berasal dari negeri lain tetapi tetap sanggup memasak menu negeri kelahiran suami? Itu memang sangat awesome!
Resepi bihun sup utara : https://bidadari.my/resepi-bihun-sup/
Bila sebut steamboat pasti teringat pada kedai makan kan? Eh jangan disangka steamboat tidak boleh masak di rumah. Daripada berbelanja besar, baik anda beli bahan mentah dan makan di rumah saja bersama suami.
Masa yang ada dapat dipanjangkan untuk duduk berdua. Jika ada anak-anak, anda boleh nikmati bersama seisi keluarga. Suami tentu bertambah sayang kerana anda pandai menyiapkan resepi memikat suami yang sangat menyelerakan.
Resepi homemade steamboat : https://bidadari.my/resepi-homemade-steamboat/
Bau nasi beriani yang semerbak bila dimasak amat membangkit selera. Bayangkan saat suami pulang dari kerja dengan aroma nasi beriani di seluruh rumah.
Pastinya suami akan terus berasa lapar dan berkejar ke dapur. Secara tidak langsung suami akan ikut terfikir mengapa anda masak menu yang sangat istimewa itu. Jika ditanya, apakah resepi memikat suami yang paling win? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah nasi beriani.
Resepi nasi beriani gam : https://bidadari.my/resepi-nasi-beriani-gam/
Itulah 10 cadangan resepi memikat suami yang boleh anda praktikkan. Semoga dengan resepi ini hubungan anda suami isteri akan bertambah erat. Selamat berbahagia dan selamat memasak hidangan istimewa untuk suami tercinta.