Apabila sebut bab mengurut mesti benda pertama yang kita perlu ada adalah minyak urut. Biasalah kalau badan dah mula sakit-sakit dan tulang lenguh, mesti kita mahu pergi mengurut. Selalu kalau kita pergi mengurut, tukang urut itu selalu menggunakan minyak urut sendiri. Minyak urut itu dibuat sendiri dan bukan dibeli di mana-mana kedai.
Selepas mengurut, tukang urut itu akan menggalakkan kita untuk membeli minyak urutnya yang berharga RM10 sehingga RM20. Tidakkah anda mahu tahu bahan apa yang digunakan untuk membuat minyak urut? Tahukah anda juga boleh membuat minyak urut sendiri?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi membuat minyak urut sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca info yang diberi oleh Puan Sarifa.
Minyak urut ini sangat bagus untuk perut kembung, loya loya , rasa gas dalam perut dan sebagainya. Dulu nenek masak minyak ni buat stok. Bila sakit perut, nenek sapu minyak ni. Rasa lega sangat. Cacing pun keluar bila membuang.
Banyak khasiat juga minyak ni. Boleh juga sapu pada tempat lenguh lenguh, ketat bahu, sakit tengkuk , sakit betis bila buat kerja berat. Sapu sama belakang badan. Eh,boleh sangat kalau guna untuk urut. Orang dalam pantang pun boleh sapu.
Anak buah pun sakit perut cikgu sapu sambil urut urut skit. Gatal gatal pun boleh sapu tau. Alhamdulillah , lega.
Jom kita buat minyak ni buat stok!
1. Tumbuk halia, lengkuas, limau purut, bawang putih, daun pudina, cengkih dan lada hitam
2. Panaskan air dalam periuk
3. Masukkan minyak sunflower dalam bekas kaca yang kuat atau periuk . Letakkan di atas air mendidih. Buat macam double boiler. Jaga sampai sampai air kering atau tercampur dengan minyak.
4. Masukkan semua bahan yang di tumbuk dan garam kedalam minyak sunflower itu dan kacau lawan jam sambil selawat dan bacalah doa doa sakit saraf, doa kesembuhan. Tutup periuk.
5. Masak sehingga 1 jam. Cukup masa tutup api biarkan sejuk sedikit tapis minyak dan simpan dalam bekas.
6. Hampas bahan boleh di simpan dan boleh dibuat lulur.
Okay dah siap! Selaman mencuba! Baik buat sekarang simpan stok sebab nanti masa raya makan macam macam perut mula meragam. Nak best lagi boleh peram minyak ni bersama kulit bawang putih.
*Resepi ini amat mudah dan ringkas. Ia tidak susah seperti yang kita jangkakan. Jika ada kelapangan masa, boleh cuba ikut resepi ini untuk membuat minyak urut sendiri.
Bagi suri rumah, anda boleh membuat minyak urut sendiri, jika perut anak dimasuki angin, boleh sapu minyak urut ini. Minyak urut ini juga boleh diguna untuk mengurut si suami yang balik penat bekerja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.