Di sini, kami kongsikan Resepi Kek Triple Chocolate Mousse Muhammad Ali. Resepi kek  ini tanpa bakar, tanpa gelatin dan tanpa cream cheese tau. Resepi ini untuk sukatan loyang 7 dan 8 inci dan terdapat 4 lapisan ala Secret Recipe.  Rasanya pasti sedap dan nak lagi. Apa lagi, jom tengok resepinya.

Resepi Kek Triple Chocolate Mousse

Resepi Kek Tanpa Gelatin

Imej via Facebook

Bahan – bahannya:

Lapisan Pertama: Oreo Crust

  • 60 gram butter yg dicairkan
  • 160 gram oreo yang telah dihancurkan

Lapisan Kedua :Dark Chocolate Mousse

  • 300 gram whipping cream dairy
  • 150 dark chocolate
  • 2 sudu makan serbuk koko

Lapisan Ketiga : Light Dark Chocolate Mousse

  • 300 gram whipping cream dairy
  • 100 dark chocolate

Lapisan Keempat :Vanilla Mousse

  • 200 gram whipping cream dairy
  • 2 sudu makan gula icing
  • 1 sudu kecil vanila essen

Cara – caranya:

Lapisan Pertama: Oreo Crust

  1. Gaulkan 60 gram butter yang dicairkan bersama 160 gram oreo yang telah dihancurkan.
  2. Sebatikan dan mampatkan dalam loyang 7 atau 8 inci. Letak dalam pei sejuk sementara buat lapisan yang seterusnya.

Lapisan Kedua: Dark Chocolate Mousse

  1. Cairkan dengan kaedah double boil @ pakai microwave 150 dark chocolate.
  2. Cairkan sahaja. tak perlu masuk apa2. Dah cair tutup api dan ketepikan. Bagi dia suam dalam 15 minit.
  3. Sementara tu putar 300 gram whipping cream dairy. Nak lagi sedap & hasil cantik pakailah whipping cream anchor.
  4. Putar sampai kental. Ini penting kalau tak kental nanti tak menjadi.
  5. Masukkan whipping cream yang diputar tadi dengan dark chocolate yang dah dicairkan tadi. Boleh pakai spatula, kaup balik atau pakai mixer. Asalkan jangan overbeat.
  6. Kemudian, masukkan 2 sudu makan 2 sudu makan serbuk koko.
  7. Kemudian, gaulkan lagi sampai semua sebati.
  8. Masukkan dalam loyang di atas oreo crumbs tadi.
  9. Sejukkan sementara kita buat layer yang ketiga.

Lapisan Ketiga: Light Dark Chocolate Mousse

  1. Sama sahaja caranya. Cairkan dengan kaedah double boil @ pakai microwave 100 dark chocolate. Cairkan sahaja. Biarkan dalam 15 minit.
  2. Sementara itu, putar 300 gram whipping cream dairy. Putar sampai kental.
  3. Masukkan whipping cream yang dah diputar tadi dengan dark chocolate yang dah dicairkan tadi.
  4. Boleh pakai spatula kaup balik atau pakai mixer. Asalkan jangan overbeat.
  5. Kemudian, masukkan dalam loyang di atas dark chocolate mousse tadi.
  6. Sejukkan sementara buat layer yang keempat

Lapisan Keempat: Vanilla Mousse

  1. Putar 200 gram whipping cream dairy, 2 sudu makan gula icing dan 1 sudu kecil vanilla essen
  2. Putar sampai kental. Putar dalam bekas kecil lagi senang.
  3. Kemudian, masukkan dalam loyang di atas light dark chocolate tadi .
  4. Sejukkan semalaman.
  5. Kemudian, taburkan serbuk koko menggunakan penapis.
  6. Biarkan sejam dan masukkan dalam peti sejuk.

Tips:

  • Nak senang cairkan terlebih dahulu dark chocolate tu. Bahagikan kepada dua bekas.
  • Jangan masukkan cairan coklat semasa tengah panas ke dalam whipped cream. Pastikan biar dahulu 15-20 minit. Bagi suam .

Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kek Triple Chocolate Mousse ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya. Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.