Mee kari merupakan juadah yang popular bila dihidangkan kepada tetamu, ini mungkin kerana cara masak serta bahan yang mudah nak cari di kedai. Mee kari adalah antara menu kegemaran semua lapisan umur. Seperti yang anda tahu, mee kari dihidangkan bersama dengan lauk-pauk yang banyak, jika anda buat sendiri pasti puas hati kerana anda boleh letak sebanyak mana yang anda inginkan.
Antara lauk sampingan yang dihidangkan bersama mee kari ialah fishball, tauhu kering, fishcake, dan telur rebus. Selain dari itu juga penyediaan mee kari ini juga berbeza mengikut negeri, ada negeri yang dihidangkan bersama sambal untuk menaikkan lagi rasa mee tersebut.
Apa-apa pun cara penyediaan, resepi asas mee kari tetap sama, kali ini kami ingin kongsikan resepi mee kari ala chinesse style perkongsian dari Qasih Jue Aisya di Facebook yang mendapat lebih 10ribu perkongsian. Jom baca!
Resepi Mee Kari Ala Chinese Style
Bahan-bahan
- 1 bungkus mee – celur
- 2 biji bawang besar- kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 biji bawang merah – kisar
- 2 btg serai – diketuk
- 2 bungkus kecik serbuk kari daging – rempah cap O
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- Setengah ekor ayam – potong kecil
- 1 mangkuk besar santan fresh
- Tauhu kering
- Fish cake/fish ball
Hiasan
- Telur rebus
- Taugeh – celur
- Sawi – celur
- Sambal
- Limau nipis
- Kacang panjang – celur
Cara-cara:
Sambal
- Segengam cili kering kemudian rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bawang besar.
- Tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula.
Kuah Kari
- Panaskan periuk letak minyak dan goreng serai sebentar, kemudian masukkan bahan kisar masak hingga wangi.
- Bila dah wangi agak keperangan masukkan rempah kari yang telah di campur satu mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan santan pekat fresh lebih kurang satu mangkuk besar dan asam keping.
- Biar kuah mendidih, perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa, boleh masukkan ajinomoto sekali jika anda mahu.
- Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering okey dah siap.
Resepi Menarik Lain
Selain dari resepi mee kari, kami juga menyediakan resepi menarik yang anda boleh cuba sendiri dirumah. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami dalam pencarian resepi ini, jangan lupa share dan like ya!