Ayuh sajikan mee hoon goreng hari ini. Mee hoon goreng sedap dijadikan sarapan. Makan dengan sambal nasi lemak, makin sedap.

Anak-anak suka request mee hoon goreng untuk makan pagi. Sebaiknya mak buat sendiri mee hoon goreng di rumah. Lebih terjamin kebersihannya juga amat berbaloi. Hidangkan bersama telur dan sambal merah.

Di bawah ini kami tuliskan resepi mee hoon goreng yang mudah dan lazat yang dikongsikan oleh Suenery Rajendran di laman Facebook. Tanpa tunggu lama mari lihat resepinya di bawah ini.

Resepi Mee Hoon Goreng

mee hoon goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Mee hoon (rendam dalam air panas) dan bubuh garam,
  • Bawang merah,
  • Ikan bilis,
  • Telur,
  • Cili kering.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Goreng cili.
  2. Kemudian masukkan bawang.
  3. Setelah itu masukkan ikan bilis.
  4. Bila sudah bertukar warna, masukkan telur.
  5. Goreng semua bahan-bahan.
  6. Terus masukkan serbuk lada hitam.
  7. Akhir sekali masukkan mee hoon. Kacau semua.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee hoon, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.