Tidak pasti adakah anda pernah makan masakan kampung kerabu pucuk janggus atau tidak. Tapi yang pasti, hidangan ini memiliki citarasa sendiri yang betul-betul menggamit selera.
Bila memakan masakan kampung ini mesti teringat kampung terus. Terutamanya para perantau yang duduk di bandar, perlu sesekali makan masakan kampung ini supaya sentiasa ingat kampung.
Kerabu daun pucuk janggus/gajus dan sardin ini selalu dihidangkan di Kedah. Mula-mula tengok kerabu ini memang macam tidak lalu makan. Tapi apabila rasa sekali, boleh jadi ketagih sedapnya!
Di bawah ini kami tuliskan kerabu daun pucuk janggus/gajus dan sardin yang dikongsikan oleh Eila Rostam di laman Facebook. Lawan dengan nasi panas-panas menu berkuah memang mengancam.
Selain resepi masakan kampung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.