Sesiapa yang bosan makan nasi bolehlah cubakan resepi ini. Resepi makaroni goreng pedas basah yang akan kami kongsikan kali ini.

Jika biasanya makaroni dimasak dengan pes carbonara atau marinara atau bolognese, kali ini kita akan menjamu selera dengan makaroni goreng pula.

Semestinya resepi ini menarik kerana makaroni diolah dengan cara goreng pedas. Di mana ia digoreng dengan bawang, cili dan rempah lain sehingganya memberikan citarasa makaroni baharu yang berminyak dan pedas.

Tentunya macaroni harus direbus terlebih dahulu supaya semasa digoreng ianya tidak keras dan kering. Dengan resepi yang dibawakan oleh Maznera Suri di laman Facebook ini konfirm anda tidak menyesal. Selamat mencuba.

Resepi Makaroni Goreng Pedas Basah

makaroni goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 g makaroni,
  • ½ ulas bawang besar – dicincang,
  • 2 ulas bawang putih – dicincang,
  • 4 sudu besar cili kisar,
  • 3 sudu besar sos tomato,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • Sedikit belacan (optional),
  • 2 batang sosej,
  • 2 biji telur,
  • Sawi jepun,
  • Sayur campur,
  • Daun kucai,
  • Garam dan gula,
  • Minyak masak.

Cara-cara :

  1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak masak.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan telur dan sosej (boleh tambah daging ayam/seafood jika suka) dan kacau sehingga hampir masak.
  5. Masukkan sayur campur, sawi, daun kucai dan makaroni. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi makaroni goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.