Maggi, siapa tak kenal maggi. Makanan ruji para mahasiswa mahasiswi universiti. Ianya juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, tak mengira bangsa ataupun agama. Sampaikan kesemua mi segera dipanggil Maggi.

Maggi yang paling popular adalah maggi kari. Kalau di kedai mamak, Maggi Kari biasanya digoreng seperti mee goreng biasa. Akan tetapi, rasanya sudah pasti lagi enak. Jadi jom, mari kita cuba resepi maggi kari goreng!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Atie Haipi di Facebook milik beliau dan sudah pasti telah mendapat banyak perkongsian dan likes!

Resepi Maggi Kari

maggi kari
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 3 paket Maggi perisa kari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ayam
  • Sos cili 2 sudu makan
  • Kicap pekat 1 sudu makan
  • 2 paket perencah Maggi
  • Telur
  • Cili merah
  • Daun sup

Cara – cara memasak:

  1. Celur Maggi jangan sampai terlalu lembik dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam.
  4. Apabila ayam dah agak – agak masak, masukkan sos cili, kicap pekat dan perencah Maggi kari. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Masukkan maggi dan gaulkan sebati.
  6. Kemudian, masukkan sayur dan masukkan telur.
  7. Apabila telur sudah hampir masak, gaulkan sekali bersama Maggi. Tutup api.
  8. Akhir sekali, masukkan cili dan daun celery serta gaul sehingga sebati. Siap!

Nota: Tak perlu tambah garam atau apa apa perasa lagi ya!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Maggi kari, anda juga boleh melihat beberapa lagi resepi yang mudah dan cepat serta bakal menarik hati anda. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.