Kek comel ini sangat diminati ramai. Anda dapat menemukan macaron di hampir kesemua kedai kek.

Macaron ialah makanan manis yang berasal daripada Prancis. Macaron ialah kek berbasis meringue yang biasanya dibuat dengan putih telur, gula aising, gula pasir, tepung almond atau almond bubuk dan pewarna makanan.

Resepi shell macaron berperisa lemon lazat dan yummy pula telah dibuat oleh Ida Alina Salleh  di Facebook. Berikut resepi akan kami kongsikan seperti di bawah. Macaron shells boleh anda isi dengan apa-apa perisa buttercream yang disukai.

Macaron umumnya terdiri daripada ganache atau isian lain seperti buttercream sebagai isi daripada dua kek kering yang mengapit isian tersebut. Kata Macaron berasal dari kata Italia macarone, maccarone atau maccherone, yaitu meringue.

Kek ini ditandai dengan bagian atas yang halus, bahagian pinggiran yang kasar (disebut dengan “foot” atau “pied”), dan bahagian bawah yang rata. Macaron biasanya ditemukan dengan berbagai rasa dan warna. Isian daripada macaron tradisional ialah cokelat dan rasberi sedangkan yang lebih moden iaitu matcha, butterscotch atau bubblegum.

Resepi Macaron

macaron

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 240 gm tepung badam (almond flour).
  • 240 gm gula aising.
  • 185 gm putih telur.
  • 165 gm gula castor.
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar.
  • Sedikit gel pewarna (jangan guna pewarna kuning berasaskan air, pantang meringue kena air dan minyak).

Cara Membuat :

1. Satukan tepung badam dan gula aising dalam food processor. Pulse 15 kali untuk haluskan dan satukan kedua-dua bahan.

2. Ayak tepung badam dan gula aising tadi 2 kali. Kalau ada badam yang tak lepas dari ayakan, ketepikan. Jangan guna.

3. Lap mangkuk dan pemukul telur dengan cuka sehingga kering. Kemudian pukul putih telur hingga kembang sedikit.

4. Masukkan cream of tartar. Pukul lagi hingga “soft peaks”.

5. Masukkan gula castor sedikit-sedikit. Masukkan juga beberapa titik gel pewarna.

6. Pukul putih telur hingga “stiff peaks” atau bertanduk

macaron

Imej via Facebook

7. Satukan tepung badam tadi ke dalam putih telur, masukkan dalam 3 batch, sedikit-sedikit. Fold hingga adunan mengalir seperti lava mengalir apabila dijatuhkan dari spatula

8. Isi dalam piping bag. Guna muncung bulat untuk paip macaron.

9. Paipkan bulat-bulat atas “parchment paper”.

macaron

Imej via Facebook

10. Keringkan 2-3 jam hingga atasnya kusam dan keras. Lebih elok jika ada bilik air-cond.

11. Bakar dalam oven 150’C selama 12-14 minit. Sejukkan sebelum di angkat dari tray.

12. Macaron shells yang sudah disejukkan boleh diisi dengan perisa buttercream yang disukai.
Macaron sudah siap.

Tips:

Jangan guna kertas minyak ya! Pergi kedai baking dan minta “parchment paper”. Kalau salah guna kertas, macaron ni akan jadi gunung berapi, meletus di tengah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi macaron, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.