Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Lopes Daun Pisang Tradisional (Rebus Je)

Lopes ialah makanan tradisi turun-temurun. Lopes terkenal terutama di Indonesia dan Malaysia. Makanan ini merupakan hidangan pencuci mulut atau sebagai…

ResepiDikemas kini 28 November 2020oleh Rahayu Z
Lopes tradisional dibungkus daun pisang dengan kelapa parut dan air gula merah.
Masa Memasak: 1 jam 15 minit

Lopes ialah makanan tradisi turun-temurun. Lopes terkenal terutama di Indonesia dan Malaysia. Makanan ini merupakan hidangan pencuci mulut atau sebagai menu sarapan. Lopes diperbuat daripada tepung pulut yang direbus atau kukus. Lopes agak padat dan dibentukkan segitiga. Namun walaupun padat, lopes tetap lembut di dalam. Jangan lupa daun pisang untuk bungkus untuk bagi aroma wangi ke atas lopes. Cara makan lopes pula adalah dengan ditabur kelapa parut kukus, dan disiram dengan kuah gula Melaka/gula merah yang pekat manis, barulah sedap. Daripada tunggu bazar Ramadhan baru ada orang jual, baik buat sendiri boleh makan bila-bila. Selamat mencuba resepi lopes tradisi daripada Haryati Hamim di laman Facebook.

Resepi Lopes Tradisi

Lopes daun pisang tradisional yang telah siap direbus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg pulut,
  • Sedikit air kapur makan,
  • Daun pisang untuk bungkus.

Cara-cara :

  1. Rendam 1 kg pulut dengan air lebih kurang 3 jam. Tambah sedikit air kapur makan.

    Bancuhan tepung beras dan santan untuk adunan lopes

    Imej via Facebook

  2. Toskan biar pulut kering.

  3. Masukkan 1 sudu pulut dalam daun pisang.

    Adunan lopes dimasukkan ke dalam daun pisang

    Imej via Facebook

  4. Ikat guna getah biasa.

    Daun pisang berisi adunan dilipat dan dititik

    Imej via Facebook

  5. Masukkan lopes dalam periuk, letak air dan rebus.

    Lopes yang telah siap dibungkus sebelum direbus

    Imej via Facebook

  6. Rebus selama 1 jam 15 minit. Jika sudah masak, ketepikan.

  7. Seterusnya kukus kelapa parut 2 kg. Gaul dengan sedikit garam.

  8. Lumur kelapa parut ke atas lopes.

    Lopes daun pisang tradisional dihidang dengan kelapa parut

    Imej via Facebook

Resepi Air gula :

  • 2 cawan gula merah,
  • 1 keping gula kabung saiz kecil,
  • 2 sudu gula pasir,
  • 1 sudu garam.

Cara-cara :

  1. Masak air gula sehingga menggelegak.
  2. Cara makan cukup siramkan air gula ke atas lopes. Selamat dinikmati.

Resepi Menarik Lain

Selain lopes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.