Laksam Kelantan merupakan di antara menu popular di kalangan rakyat Malaysia. Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.
Resepi Laksam Kelantan yang dikongsi Muhammad Hafizuddin oleh di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya.
Resepi Laksam Kelantan
Bahan-bahan untuk Laksam:
1 paket tepung beras(cap gajah Erawan brand)
Setengah sudu besar tepung ubi (tak letak pun tak pe)
Secubit garam
Air suam
Sedikit minyak (3 sudu besar)
Cara-cara penyediaan Laksam:
Masukkan kesemua bahan kecuali air terus dalam bancuhan.
Masukkan air suam sehingga bancuhan tak cair dan tak pekat sangat. Masukkan air sedikit demi sedikit.
Pastikan masak/kukus betul-betul sehingga ada macam gelembung
Bahan-bahan untuk Kuah:
2 ekor ikan kembung + 4 ekor ikan selayang atau orang kl panggil ikan sardin
2 biji bawang merah sederhana besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
2 biji santan pekat yang 1/2 kg santan biasa ada jual kat kedai
Garam dan gula
3 keping asam keping/gelugur
Cara-Cara penyediaan Kuah:
Ikan dicuci bersih, masukkan ikan, asam keping dan sedikit garam ke dalam periuk, masuk air sama paras dengan ikan dan rebus hingga ikan masak.
Asingkan isi ikan dari tulang. Air rebusan, asam keping jangan dibuang sebab nak guna utk kuah nanti. Bawang besar, bawang putih, halia, isi ikan di kisah ke dalam pengisar serta masukkan sedikit air rebusan dalam supaya senang untuk kisaran.
Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi dalam periuk yang ada santan tadi bersama baki air rebusan ikan. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus, asam keping yang utk merebus ikan tadi bersama garam dan gula.
Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak @ berketul.
Resepi Sambal Cili
10 biji cili merah besar, 10 biji cili padi, cuka, garam & sedikit gula dikisar kasar. Masukkan dalam bekas perasakan dengan gula dan garam. Sambal cili ni tak manis tau. Banyak ke arah masam & masin. Nak perah limau nipis pun boleh jika suka.
Sayuran
Timun batang, kobis, taugeh, daun serai kayu (kalau ada biasa kat Kelantan banyak digunakan), bunga kantan, kacang panjang & daun kesum. (Ini sayur yang biasa digunakan & pembangkit selera)
Selain resepi Laksam Kelantan, terdapat resepi menarik lain untuk dicuba. Selamat mencuba.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)