Nasi kebuli merupakan nasi warisan santapan Diraja. Orang Terengganu biasa panggil nasi boli. Maksud nasi kebuli ini singkatan nama Nasi Kebawah Duli, makanan tradisional khususnya daerah Kuala Lipis Pahang.

Jarang sangat boleh jumpa nasi ini kerana memang tidak ada orang jual. Kalau ingin merasa nasi kebuli kena pergi kenduri di kampung mesti jumpa, selalunya dibuat sebagai buah tangan untuk tetamu. Namun zaman sekarang jarang orang buat sebagai buah tangan.

Bagi sebagian orang nasi ini lagi sedap dari nasi dagang. Nasi kebuli biasanya dimakan dengan kuah gulai ikan aye a.k.a ikan tongkol. Kalau ingin lagi sedap makan dengan ikan masin/ikan kering.

Cara orang lama masak nasi kebuli dengan cara yang sekarang pula sangat berbeza. Oleh itu, Farah Izli berkongsikan resepi nasi kebuli turun-temurun yang gerenti menggamit selera dengan rasa yang amat tradisional. Ayuh cubakan resepinya.

Resepi Nasi Kebuli

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kilo beras Basmathi,
  • 1 ekor ayam,
  • Garam,
  • Kunyit,
  • 4 sb lada hitam,
  • 2 sb ketumbar,
  • 3 biji bawang besar merah,
  • 4 inci halia,
  • 5 batang serai,
  • 4 inci lengkuas,
  • 1 inci kunyit hidup,
  • Minyak bijan.

Cara-cara :

  1. Ayam dibersihkan kemudian digaul bersama garam dan kunyit dan diperap selama 4 jam.
  2. Hiris bawang, halia, lengkuas dan serai.
  3. Basuh lada hitam dan ketumbar, kemudian direndam sekejap.
  4. Rebus ayam bersama bahan ketumbar dan bawang sehingga empuk. Angkat ayam dan toskan.
  5. Ayam digoreng sehingga kekuningan.
  6. Basuh beras dan toskan. Kemudian goreng beras sehingga retak/patah menggunakan sedikit minyak goreng ayam tadi dan masukkan air rebusan ayam. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  7. Hidangkan bersama ayam letak minyak bijan, sambal dan sup.

Resei Menarik Lain

Selain nasi kebuli, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Sila baca dan cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.