Mari sini kami ingin kongsikan resepi Laksa Utara yang sedap sangat.
Laksa Utara merupakan menu yang sangat digemari oleh masyarakat kita di Malaysia.
Kalau dulu laksa utara ni sangat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang; namun sekarang makanan ini sudah menjadi kegemaran orang di serata negeri di Malaysia.
Selain dari hidangan keluarga di waktu petang, menu ini juga sering menjadi pilihan juadah untuk meraikan tetamu seperti majlis rumah terbuka, kenduri kahwin dan kesyukuran. Mana tidaknya, laksa utara ini tidak pernah muak untuk dimakan walaupun sudah habis sepinggan nasi!
Dah teringin nak makan, apa kata anda cuba buat sendiri laksa utara ni. Kali ini kami kongsikan resepi dari Sheqa Halim di facebook. Katanya, resepi ini adalah dari seorang anak tauke laksa terkenal di Kedah.
Selain resepi Laksa Utara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.