Kuih tepung pelita merupakan salah satu kuih tradisional yang menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai terutamanya di bazar-bazar sewaktu bulan puasa. Bagi saya kuih in sememangnya sangat sedap dan menyelerakan. Sedar-sedar dah habis beberapa bekas. Yela, gabungan rasa lemak berkrim bahagian santan dan kewangian pandan bahagian pandan mampu membuatkan sesiapa sahaja menyuap kuih ini suap demi suapan tanpa sedar.
Sekarang banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagi. Apa kata kali ini kita cuba buat menggunakan resepi tepung pelita versi kelantan yang dikongsikan oleh Nor Mastura Yusof dari laman Facebook. Gerenti jadi punya. Lagipun tak banyak pun bahan yang perlu disediakan dan caranya pun mudah. Tidak mengambil masa yang lama. Apa lagi. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan dan kaedah penyediaan tepung pelita
Lapisan hijau
Lapisan putih santan
Dah siap. Mudah kan? Tak payah dah susah-susah nak tunggu kukus pula sebab tepung dah masak. Jadi cara ini mudah dan jimat masa. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Anda juga boleh mencuba resepi menarik yang lain. Selamat mencuba.