Mencari hidangan ikan yang disukai anak-anak? Jom cuba masakkan Gulai Lemak Ikan Tongkol ini. Menu ini sebenarnya sangat lah popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Tapi jangan tak tahu, walaupun namanya sama, tapi berbeza tempat berbeza cara masakan nya.

Di sini kami kongsikan Gulai Lemak Ikan Tongkol Style Kelantan. Sangatlah sedap di makan bersama-sama nasi putih yang baru di masak.

Sesuai namanya, hidangan ini terasa lemak manisnya dan aroma karinya.  sangat -sangat mampu merangsang selera makan yer.

Apa tunggu lagi, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Azizah Daud di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol

gulai lemak ikan tongkol

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa.
  • 1/2 kilo santan pekat

Bahan kisar

  • 10bji cili kering
  • 2biji bawang merah besar
  • 2ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • Cili merah hijau dan cili padi

Cara membuatnya:

  1. Santan pekat tadi campur dengan 5 gelas air rebus hingga mendidih. Masukkan piring @ sudu dalam tu supaya tidak meruap.
  2. Simpan 1/2 gelas untuk kisar, bahan kisar tadi tak payah masukkan air masa blend, cuma masukkan santan sahaja untuk elakkan bergentel kuahnya.
  3. Santan tadi dah mendidih naik minyak masuk bahan kisar kacau rata.
  4. Masukkan garam gula secukup rasa.
  5. Biarkan mereneh dan masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali
  6. Biarkan mereneh hingga naik minyak dan berkilat.
  7. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama reneh makin cantik kuahnya.

Mudah ke mudah sangat? Kejap jer kan dah siap. Bolehlah dhidang bersama-sama nasi putih.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.