Antara kuih yang paling disukai tiap kali bulan puasa ialah kuih tepung bunga. Kerana kuih ini paling senang disediakan dan paling senang juga dihabiskan. Siapa suka kuih tepung bunga jom berpakat ramai-ramai baca dan cuba resepi yang kami kongsikan ini.

Tidak disangka-sangka rupanya ramai juga yang tahu kuih ini. Hal ini dibuktikan dengan perkongsian ramai resepi kuih tepung bunga yang diberi oleh Aida Abdul Fatah di laman Facebook.

Ramai orang sukakan kuih ini sebab bahan-bahannya mudah seperti tepung pulut, santan atau susu cair, telur dan garam gula sahaja. Cara penyediaannya cukup menarik di mana adunan yang sebati dicelup telur dahulu baru digoreng. Ayuh buat kuih tepung bunga hari ini.

Resepi Kuih Tepung Bunga

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung pulut,
  • Santan atau susu cair, (ada setengah resepi guna air sahaja).
  • Secubit garam,
  • Telur,
  • Gula untuk tabur.

Cara-cara :

  1. Campur tepung pulut, santan dan garam. Sebatikan adunan tapi jangan terlalu lembik.
  2. Bulat-bulatkan macam kuih onde-onde.
  3. Pukul telur dalam bekas lain.
  4. Leperkan adunan tadi biar nipis sedikit.
  5. Kemudian celup adunan dalam adunan telur tadi dan goreng dalam minyak yang panas. (Guna api perlahan jangan sampai hangit)
  6. Bila sudah garing, angkat sejatkan minyak dahulu.
  7. Kalau sudah kurang minyak letak dalam pinggan dan tabur gula. Siap.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.