Anda pernah makan kuih lapis yang istimewa? Yang biasa biasa mungkin banyak tapi untuk jumpa yang sedap mesti susah bukan. Ayuh cuba resepi kuih lapis ini!

Bukan mudah untuk mendapatkan kuih lapis yang sedap. Selalunya pasti akan ada masalah dari segi tekstur kuih lapis itu sama ada terlalu keras atau pun terlalu lembik.

Jika susah untuk di jumpa di kedai, apa kata anda buat sendiri kuih lapis dengan menggunakan resepi ini.

Memang terbukti kesedapan resepinya hinggakan mendapat 6.1 ribu share di media sosial. Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur segera untuk mencuba resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Suharni Yusof dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kuih Lapis

Resepi Kuih Lapis

Imej via Facebook

Kuih lapis. Pertama kali cuba. Alhamdulillah.

Ini resepi yang saya guna. Sedap. Campuran santan dan susu cair. Kalau guna santan original sahaja pun sedap jugak, lemak manis amboi. Sesiapa yang ingin mencuba boleh guna resepi ni.

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 sedikit garam
    1 cawan santan pekat( saya guna santan kotak)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • Pewarna hijau
  • Pewarna kuning
  • Pewarna merah

Cara cara Memasak

Resepi Kuih Lapis

Imej via Facebook

  1. Panaskan periuk pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Sementara tu, sapukan sedikit minyak pada loyang
  2. Sediakan 1 bekas. Masukkan santan + susu cair + gula + garam. Kacau perlahan-lahan sampai dah larut.
  3. Kemudian ambil 3 jenis tepung tadi, masukkan semua dan kacau lagi, kemudian tapis ke dalam bekas yang lain.
  4. Bahagikan kepada 3 warna. Bahagikan sama rata (saya guna senduk senang)
  5. Kemudian titiskan warna warna tersebut. Ikut warna kesukaan masing masing
  6. Letakkan loyang ke dalam pengukus.
  7. Masukkan acuan tadi.
  8. Selang selikan warna tersebut. Kukus selama 5 minit bagi setiap lapisan dengan api kuat.
  9. Ulang proses lapisan sehingga habis.

    Resepi Kuih Lapis

    Imej via Facebook

Nota :

  • Untuk lapisan terakhir, lebihkan masa sedikit. Kukus sekejap selama 15 minit.
  • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
  • Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.
  • potong kuih lapis dgn menggunakan pisau plastik.
  • pastikan penutup periuk pengukus dialas dengan kain. Saya guna tudung bawal yang sudah tidak dipakai, cuma pastikan bersih! ikat pada penutup pengukus.

Selamat Mencuba

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi kuih lapis, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.