Kuih Bidaran merupakan kuih goreng yang di buat daripada tepung pulut dan bijan. Kebiasaannya kuih ini berintikan kelapa yang dimasak bersama gula melaka. Tapi bagi yang tidak gemarkan inti kelapa, boleh sahaja tukarkan kepada inti kacang hijau.  Ada juga yang mengenali kuih ini sebagai Kuih Bom Bijan. Resepi ini dikongsikan oleh Marlia Lia

Resepi Kuih Bidaran Inti Kacang Hijau

kuih bidaran

Imej via Facebook

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 1 paket tepung pulut 500g
  • 6 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan gula (adunan takkan keras kejung walau dah petang)
  • 3 cawan air (tak guna habis)
  • sedikit garam
  • Bijan secukupnya

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga jadi doh. Doh dah tak melekat kat tangan, dah cukup.
  3. Tak perlu uli beria sebab kita bukan nak buat donut / roti.
  4. Jika doh terlembik, tambahkan tepung berselang seli antara tepung pulut & tepung gandum.

Bahan-bahan untuk inti:

  • 2 cawan kacang hijau (dibasuh bersih, di rendam semalaman dan toskan)
  • 2 keping gula nisang (ori kelantan sebab tak keras dan tak berapa manis)
  • 7-8 sudu makan gula pasir (ikut selera masing-masing. Suka manis, boleh tambah lagi)
  • 1/4 camca teh garam
  • 3 helai daun pandan (disimpul. Untuk menaikkan aroma)
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
  • 3 sudu tepung gandum

Cara-caranya:

  1. Rebus kacang sehingga betul-betul empuk. Masukkan daun pandan semasa merebus. Jika air dah hampir kering, tapi kacang masih belum empuk, tambahkan lagi air dengan menggunakan air panas.
  2. Bila hampir kering, baru masukkan gula dan garam. Jangan lupa sesekali kena kacau supaya tak hangit.
  3. Apabila inti dah secukup rasa dan kering air, baru tambahkan tepung gandum. Tujuan tepung gandum untuk mudah dikepal.
  4. JANGAN TERLEBIH tepung. Nanti inti liat.

Dah siap kedua-duanya. Bolehlah mulakan proses membentuk. Bulat-bulatkan intinya. Leperkan kulitnya. Masukkan inti yang telah dibulatkan pada kulitnya. Bulatkan semula.

Boleh digoreng terus atau di simpan di dalam peti. Nak lebih tahan lama, digoreng sekejap sebelum di simpan di dalam peti seju beku.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada lagi beberapa resepi yang anda boleh cuba untuk sediakan dan hidangkan kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda. Sehingga berjumpa lagi nanti!

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.