Kuih Bidaran merupakan kuih goreng yang di buat daripada tepung pulut dan bijan. Kebiasaannya kuih ini berintikan kelapa yang dimasak bersama gula melaka. Tapi bagi yang tidak gemarkan inti kelapa, boleh sahaja tukarkan kepada inti kacang hijau. Ada juga yang mengenali kuih ini sebagai Kuih Bom Bijan. Resepi ini dikongsikan oleh Marlia Lia
Dah siap kedua-duanya. Bolehlah mulakan proses membentuk. Bulat-bulatkan intinya. Leperkan kulitnya. Masukkan inti yang telah dibulatkan pada kulitnya. Bulatkan semula.
Boleh digoreng terus atau di simpan di dalam peti. Nak lebih tahan lama, digoreng sekejap sebelum di simpan di dalam peti seju beku.
Selain daripada resepi ini, ada lagi beberapa resepi yang anda boleh cuba untuk sediakan dan hidangkan kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda. Sehingga berjumpa lagi nanti!