Siapa teringin makan kuey teow ladna hari ini? Pagi-pagi teringin kuey teow ladna tapi kedai belum bukak lagi. Tetiba rasa teringin sangat. Nak kuey teow ladna juga. Apa kena buat?

Apa kata jika anda masak sendiri kuey teow ladna di rumah. Bermodalkan bahan-bahan yang senang sahaja dan resepi mudah daripada Nur Fakhira Mohd Rosli‎ di laman Facebook. Tak perlu pening pergi kedai untuk menyantap kuey teow ladna sekitar harga RM 7 sepinggan.

Namun anda jangan silap membezakan kuey teow ladna dengan kuey teow kung fu pula. Perbezaannya ialah pada kuey teow ladna, kuey teow tidak digoreng dengan telur namun hanya digaul bersama kicap. Manakala kuey teow kung fu pula kuey teow kena salut telur dan digoreng terlebih dahulu.

Tanpa tunggu lama, jom tengok resepinya di bawah ini. Boleh buat untuk sarapan mahupun makan malam. Selamat mencuba.

Resepi Kuey Teow Ladna

kuey teow ladna

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 paket kuey teow (leraikan)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit air
kuey teow ladna

Imej via Facebook

Bahan Kuah:

  • 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cawan isi ayam hiris
  • 1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
  • 1 paket serbuk mee sup
  • Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
  • Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
  • 3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air

Cara Membuat :

  1. Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
  2. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak.
  3. Tutup api, angkat.
  4. Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
  5. Masukkan ayam dan daging. Kacau.
  6. Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan.
  7. Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih.
  8. Masukkan cendawan hitam. Kacau.
  9. Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong.
  10. Tambahkan telur. Kacau perlahan.
  11. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api.
  12. Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuey teow ladna, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.