Resepi Kismis Belimbing Buluh (Seronok Makan)
Jarang yang tahu dengan buah satu ini. Belimbing buluh termasuk ke dalam kumpulan buah-buahan. Buah ini banyak tumbuh di Malaysia dan Indonesia. Tidak…

Jarang yang tahu dengan buah satu ini. Belimbing buluh termasuk ke dalam kumpulan buah-buahan. Buah ini banyak tumbuh di Malaysia dan Indonesia. Tidak ramai yang kenal dengan buah ini kerana jarang digunakan dalam masakan. Namun di Malaysia selalunya buah ini diolah jadi sambal hitam Pahang yang amat terkenal. Di Indonesia pula belimbing bulu banyak dicampurkan dalam masakan asam pedas sebagai pemberi rasa masam. Belimbing buluh boleh dimakan, jika dimasak dalam hidangan berkuah, ia biasanya dijadikan sebagai sayur, oleh kerana itu banyak yang memberi nama belimbing sayur kalau di Indonesia. Dikeranakan rasa masamnya yang menyengat di lidah, belimbing buluh juga amat sesuai dijadikan kismis. Olahan unik daripada belimbing buluh ini mendapatkan perhatian ramai di laman Facebook. Jarang ada yang buat olahan kismis belimbing buluh. Oleh itu perkongsian Csue Ros di laman Facebook tidak boleh anda lewatkan.
Resepi Kismis Belimbing Buluh

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
- 3 kg belimbing buluh,
- 1 kg gula,
- 1 botol besar@650 ml cuka,
- 1 sudu kecil garam,
- 1 sudu kecil kapur basah.
Cara-cara :
-
Rendam belimbing dengan air kapur dan garam selama 24 jam.
-
Masak gula dan cuka sampai mendidih. Sejukkan.
-
Belimbing dibasuh dan toskan, dan masukkan air gula dan cuka.
-
Simpan selama seminggu.

Imej via Facebook
-
Toskan belimbing dan jemur sampai kecut lebih kurang 3-4 hari. Air gula dan cuka itu tidak boleh digunakan lagi.

Imej via Facebook
Resepi Menarik Lain
Selain kismis belimbing buluh, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.