Pernah dengar kan resepi kerutuk kan? Tapi biasanya yang dengar kerutuk ayam ataupun kerutuk daging kan. Jangan tak tahu kerutuk telur pun boleh buat tau walaupun jarang kan jumpa. Regu set dengan nasi minyak. Habis licin sampai ke kuah lah jawabnya.
Resepi Kerutuk Telur ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di Facebook yang mendapat tanda suka hampir mencecah 2 ribu au. Bukan biasa-biasa okay. Jom tengok resepi beliau. Tak susah dan tak susah. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk telur ini. Tapi ingat telur perlu direbus sehingga masak. Kemudian kupas dan goreng seketika sahaja untuk elakkan telur cepat pecah dalam gulai.
-3 biji bawang merah saiz bola pingpong
-1 ulas bawang putih
– 2 hiris bulat serai
-sehiris nipis halia
-sehiris nipis lengkuas
-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi. Masukkan pula 1/2 sudu kecil cili kisar.
2. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air dan asam jawa secubit. Juga garam, nisse atau gula Melaka serta secukup rasa. Biarkan pes sehingga pecah minyak.
4. Selepas itu, tuang 1/2 santan kotak. Tambahkan sedikit air.
5. Boleh tambahkan garam, nisse atau gula melaka jika rasanya belum menyerlah. Tambahkan 1 sudu besar kerisik. Renehkan kuah dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah.
6. Selepas kuah memekat dan cukup rasanya, masukkan telur tadi. Biarkan seketika sebelum ditutup apinya. Siap.
Selamat mencuba.
Selain resepi Kerutuk Telur ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.